
Isi Kandungan
Toggle
Penampilan pelakon, Rozita Che Wan tak pernah menghampakan. Sentiasa tampil cantik walau dalam apa situasi pun. Terbaharu, Che Ta memuat naik foto penampilannya hadir ke majlis resepsi anak Datuk Ziela Jalil.
Mengenakan busana Rizman Ruzaini rona biru gelap yang cukup anggun, gaya Che Ta itu mendapat reaksi daripada followernya, termasuk perancang perkahwinan terkenal yang juga rakannya Man Kajang.
Ada yang mengatakan penampilannya over, mengalahkan pengantin. Seperti biasa, ibu Aaisyah yang terkenal dengan kelantangannya berkata-kata sempat membalas dengan jawapan yang cukup win.
Che Ta melawak pakai kaftan umur 70
Che Ta dah macam pengantin
Paling letopsss
Kenapa lawa sangat?
Sapa pengantin sebenarnya ni?
Crown for Hijab Queen Mother Fashionista
Sumber: rozitachewan1
Chef Wan Bengang Ellie Suriaty Kerap Meroyan Pasal Politik

Isi Kandungan
Toggle
Sejak dilihat dalam kelompok individu yang menjerit di hadapan mahkamah baru-baru ini mengenai pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak, pelakon Ellie Suriaty semakin kerap bercakap soal politik. Isunya masih sama iaitu mengenai kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang terkini.
Chef Wan dalam instagramnya telah menulis panjang lebar mengenai tindakan Ellie yang dianggap tidak wajar. Maklumlah, kita hidup dalam negara demokrasi. Siapa yang dipilih dalam pilihanraya, maka dialah yang layak memerintah.
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on
Tak ada sesiapa bagi dedak untuk undi
Adoi, kasihan pulak membaca comment manusia2 mcm ni kan.
Tak serik2 la pulak.
Fitnah ke tidak itu semua hak kita masing2 untuk memilih kerjaan baru.
Tak siapa pun rasuah kita sesen pun atau di beri makan dedak to vote for this current adminstration.
Dasar bang*** tak tahu ke apa itu hak rakyat yg masing2 yang mengundi dengan bebas tanpa was2 atau pun di dalam ketakutan?
We lived in a democracy world pun.
Like in any pertandingan pun ada yg menang dan ada yg kalah.
Only cowards cannot except yg mereka ini sudah tewas dan masing2 tak habis2 menyalak tak sudah, apa hal.
Tunggulah pilihanraya akan datang kalau nak berjuang pun
Lagi kita buka mulut lagi la nampak bodoh tambahan pulak segala pekong di dada tu habis disebarkan satu persatu dik media.
Kerajaan sudah pun di tubuh dan rakyat Malaysia pun tidak janji any parti in this country to sign mati pun memerintah negara ini!
She forget the power of the people vote yang majority or she is just plain stupid and arrogant?
Nak berjuang balik tunggu lah next election dan sementara tu belajar la dari kesilapan sendiri masing2 untuk menebus balik kepercayaan rakyat di negara ini.
Tak payah main drama dan sandiwara
Eeee isnt it so obvious dia ni meroyan off lately ni.
Fitnah? Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payah la main drama dan sandiwara mcm kau tu la Ellie.
Allah melihat segala galanya sampai apa yg terdetik di hati kita ini ketika ini menulis nak sedar kan kau orang tu semua pun dia tahu.
We just vote on fakta, figures and how the performance of the last government to all the stupid things our past ministers yg sombong have done sampai la pelbagai scandal yg terjadi.
Ingat kita tak ada kerja lain?
Dia ingat kita tak ada kerja lainnya melayan fitnah itu dan ini mcm mereka.
We just use our bloody common sense , wisdom and honesty and unfortunately u dont have Ellie.
Even a simple knowledge on Mathermatics pun dah cukup Kak hoi!????
Yg kata kerajaan skrg ni pun bukan baik pun dah fitnah!
Sedar tak?
Choi! belum apa dah bersangka buruk yg sepatutnya kita berdoa yg baik2 bukan di sebaliknya.
Belum pun 4 tahun mereka memerintah pun kau dah buruk kan mereka!
Kau tu siapa? Kau Ado?????
Sumber: Instagram Chef Wan
Cantiknya Daiyan Trisha…Diam-diam Bakal Nikah Ahad Ini

Tak pernah mendengar pun gossip cinta tentang Daiyan Trisha, tapi tup-tup mengesahkan bakal bernikah 19 Ogos ini.
Heroin drama Sejuta Rasa Buat Adelia ini semalam telah memuat naik foto dengan persalinan dengan layah perkahwinan selain menulis tarikh 19.8.2018.
Status tersebut membuatkan ramai peminat tertanya-tanya apatah lagi dia memuat naik beberapa lagi foto gambar perkahwinan.
Namun persoalan itu terjawab apabila penyampai Radio Era, Raden, menghubungi Daiyan dan empunya diri mengakui akan bernikah tarikh tersebut itu.
Bagaimanapun pelakon utama filem Busker itu enggan mengulas bakal suami .
“Betul saya akan bernikah. Bagaimanapun, kami tidak bertunang,” katanya ringkas.
Ditanya mengenai lelaki pilihan hatinya itu kata Daiyan, bakal suaminya memiliki sifat ceria dan baik hati.
Itu antara faktor dia menerima lelaki terbabit dalam hidupnya.
Sumber: Harian Metro & daiyantrisha
Akhirnya…Alhamdulillah. Luahan Intan Di Instagram Dapat Respons Netizen, Beri Kata Semangat!

Isi Kandungan
Toggle
Selepas beberapa lama kontroversi diantara Uda Wahid, Intan Liana dan Izreen menjadi bualan, hari ini semuanya terjawab.
Pagi tadi Ude dan Intan disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Sri Keramat.
Redha sampai di situ jodohnya dengan Uda, Intan kelihatan tenang sewaktu menjawab segala persoalan dari wartawan yang menunggunya,
Beberapa jam selepas itu Intan kemudian memuat naik status di instagramnya. “Akhirnya…Alhamdulillah,” luahnya ringkas tapi penuh makna di sebaliknya.
Mungkin kerana lega segala kemelut sudah selesai, pernyataan ini mendapat respons dari netizen yang memberikan Intan kata-kata semangat untuk dia meneruskan kehidupan.
Dia akan ganti dengan yang lebih baik
Jangan pandang belakang!
Anak akan jadikan Intan kuat
Dalam pada itu tersentuh juga hati bila Intan menitipkan sesuatu tentang anaknya yang masih kecil di IG stories.
Semoga Intan terus tabah berdepan dugaan.
Sumber: __iiiintan.saleh