Bagi yang suka bercucuk tanam sayur di halaman rumah boleh amalkan cara yang dikongsi oleh Pyan Sempoy ini untuk memastikan tanaman subur dan sihat.

Caranya cuma guna sisa dapur yang dah busuk, expired, kulit buah, nasi, nasi,roti basi, hampas kelapa dan macam macam lagi. Semuanya boleh. Seronok tengok hasil siraman dari air ini, lebar daun sayur, buah pun banyak.

Booster organik dari sisa dapur

Rutin setiap pagi sabtu saya akan siram ‘booster’ organik utk semua pokok agar lebih subur & sihat.

Guna sisa dapur saja, yg kita tak masak, tak makan, busuk atau expired seperti kulit bawang, batang kangkung/bayam, kulit pisang, kulit nanas, kulit betik, kulit limau, kulit ubi kentang/keledek, kulit telur, air basuh beras, air kelapa tua, nasi basi, susu basi, roti expired, hampas kopi/teh dan lain-lain.

IKLAN

Apa-apa pun oleh campur sekali yg penting organik.

Caranya:

  • Untuk proses fermentasi yg lebih cepat boleh guna EM/yakult/ragi tapai dan gula merah/pasir sebagai makanan mikrob/bakteria utk membiak.
  • Selepas dah penuh tong, campur semua kemudian tutup dengan kain ketat.
Spora putih menandakan dah cukup matang & adanya banyak bakteria/mikrob baik yg sgt aktif.
  • Buka seminggu sekali pada 1 bulan pertama & dikacau.
  • Minimum kena peram 1 bulan baru boleh guna. Saya punya tu dah 4 bulan lebih. Lagi lama lagi bagus.
  • Untuk permulaan boleh campur apa yg ada dulu. Contoh, air basuhan beras + kulit bawang + gula. Yang lain boleh tambah sikit-sikit ikut apa yg ada nanti sampai lah penuh tong.
  • Ingat ya 1 bulan selepas campuran terakhir (penuh) baru boleh guna. Tanda-tanda boleh guna bila dah tak bau busuk.
  • Jika bau macam tapai kira dah menjadi. Boleh guna utk siram atau sembur pada tanaman.
Siap dibancuh dgn air hujan utk disiram ke tanaman -bancuhan  1 mug booster + 1 baldi 15 liter air.

Hasilnya

Selamat mencuba!

Sumber:  Pyan Sempoy