Biasa berlaku cermin depan kereta mengalami retak kecil mungkin akibat terkena batu ketika memandu.
Retak kecil saja takkan nak ganti baru kan. Kalau nak tukar modalnya besar tak padan pulak dengan kerosakannya.
Buat yang ada masalah ini boleh atasinya dengan baiki sendiri retak kecil ini. Caranya ditunjukkan oleh Berani Buat
.Dengan bajet RM10 cermin kereta yang retak ini boleh pulihkan cuma dengan beli produk Windshield Repair yang boleh dibeli di MR DIY atau pun di Shopee.
Caranya boleh rujuk pada video yang dikongsi Berani Buat
Ringkasannya:
1. Lap cermin kereta
2. Letakkan alat atas cermin yang retak, ambil mini pam pusing untuk pastikan ia lekap kuat
3. Letak gam pada corong yang disediakan untuk gam masuk dalam rekahan. Kemudian cabut alat tadi
4. Anda akan dapati kesan retak pada cermin dan berkurang.
5. Tuang baki gam pada bahagian cermin yang retak kemudian letak plastik yang disertakan. Lurut untuk buangkan gelembung.
6. Jemur di tempat panas hingga kering.
7. Cabut plastik lalu kikis gam menggunakan pisau yang diberi.
8. Siap!
Sumber: Berani Buat