Dinding rumah mengelupas akibat kebocoran paip bahagian dalam, tempias hujan, banjir dan sebagainya memang akan menjejaskan pandangan terutama jika berlaku di dalam rumah.

Kelembapan ini menyebabkan cat turut mengelupas, berkeruping dan nampak tak elok. Bagi yang mengalami masalah ini, mungkin boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Ezanee Kamaruddin  yang mengalami masalah sama di kediamannya. Caranya mudah dan boleh dilakukan sendiri.

Cara Baiki Dinding Rumah Lembap Mengelupas 

Saya ingin kongsikan pengalaman saya menggunakan Pentens Dr. Wall untuk repair dinding yang lembap disebabkan air yang menyerap dalam dinding.

Sebelum ini saya pernah guna produk ini setahun yang lalu untuk repair dinding rumah saya yang rosak sebab lembapan. Ia boleh dikata berkesan, dinding tersebut kekal kering.

Produk ini saya beli online di Shopee (klik SINI untuk link) – RM29.60 termasuk delivery.

Dinding yang akan saya tunjukkan ini lembap disebabkan air tempias hujan dari luar rumah. Boleh rujuk gambar hasil kerja saya seorang DIY yang amatur. Tangan masih lagi keras untuk kerja-kerja skim.

Sebelum DIY

Dinding Rumah Mengelupas Akibat Lembapan. Ini Cara Baiki Sendiri

Ads

Langkah demi langkah baiki dinding

1. Kikis cat yang mengelupas sehingga permukaan plaster.

Dinding Rumah Mengelupas Akibat Lembapan. Ini Cara Baiki Sendiri

2. Sapu rata Dr. Wall dan tunggu 8 jam sehingga kering. Monitor 1-3 hari sama ada masih ada serapan lembapan atau tidak. Jika masih ada lembapan sapu lagi.

Dinding Rumah Mengelupas Akibat Lembapan. Ini Cara Baiki Sendiri

3. Selepas kering, sapu skim coat kemudian cat.

Ads

Dinding Rumah Mengelupas Akibat Lembapan. Ini Cara Baiki Sendiri

4. Selepas

Dinding Rumah Mengelupas Akibat Lembapan. Ini Cara Baiki Sendiri

Dinding Rumah Mengelupas Akibat Lembapan. Ini Cara Baiki Sendiri

Ads

INFO

Cara terbaik untuk repair masalah lembapan cari dulu punca dari mana air tu & selesaikan punca tu dulu. Tapi produk ini sesuai kalau nak selesaikan untnk beberapa tahun & pocket friendly

Selepas sapu produk Dr Wall, sebaiknya sapu satu layer Wall Sealer paint untuk lebih berkesan.

Semoga bermanfaat

Sumber: Ezanee Kamaruddin

Baca: Cara ‘Drill’ Dinding Mozek Supaya Tidak Pecah

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI