
Drawer kabinet atau almari rosak memang biasa dialami bila beberapa tahu digunakan. Akibatnya drawer rosak ini susah nak buka dan nak ditutup, selalunya perlu direntap barulah terbuka.
Bila berlaku kejadian macam ini mulalah ingat nak beli baru. Hakikatnya ini masalah kecil yang boleh kita baiki sendiri saja. Modalnya pun tak banyak. Apa yang perlu kita buat cuma ganti rail drawer saja. Caranya boleh ikut perkongsian Ahmad Ruim ini.
- Buka rail drawer yang rosak.
2. Inilah rupa rail yang rosak, rodanya dah tiada sebab itu susah nak buka.
3. Kita gantikan dengan rail yang baru, boleh beli di Shopee. Tapi sebelum beli periksa dulu ukuran rail supaya sama dengan yang asal.
Klik SINI untuk beli
4. Kemudian boleh pasangkan rail baru. Rail ini ada sepasang. Pastikan pasang di bahagian yang betul.
5. Siap, yang ini buka tutup lembut saja, macam laci ikea
Selamat mencuba!
Sumber: Ahmad Ruim
Tip Bersihkan Singki Yang Hitam Terkena Asid Pencuci, Sapu Dengan Bahan Ini ‘Setel’ Masalah

Hajat nak bersihkan singki dapur yang nampak kotor lantas kita pun tuang cecair pencuci jubin untuk bersihkannya. Ingatkan boleh bersih berkilat, sudahnya yang sebaliknya dapat, singki nampak lebih kotor dek kesan asid.
Ada juga yang tuang asid atau pencuci jubin ini dalam singki dengan tujuan untuk selesaikan masalah singki tersumbat. Akibatnya singki jadi sama seperti situasi di atas.
Sebenarnya asid atau pencuci jubin sangat tidak sesuai digunakan kepada permukaan keluli atau besi. Ia akan meninggalkan kesan hitam yang memang sukar dibersihkan.
Tapi jika ada yang berdepan dengan masalah begini, jangan terus susah hati tengok singki. Ada satu tip berkesan yang boleh dipraktikkan, perkongsian daripada Suriyanti Samsudin yang berdepan masalah sama. Hasilnya singki akan bersih berkilat kembali.
Tip bersihkan singki hitam akibat kesan pencuci jubin
Singki rumah jadi macam ni lepas letak asid/ pencuci jubin. Ingatkan boleh hilangkan kerak-kerak hitam tapi lain pula jadinya.
Alhamdulillah, atas cadangan ramai singki dah kembali berseri. Caranya guna Autosol. Memang betul-betul berkesan, tak perlu sental kuat pun. Saya sapu guna Magic Sponge dan Autosol saja, hasilnya bersinar-sinar.
Ini langkah yang saya buat untuk bersihkan singki;
1. Lap kering sinki, pastikan betul-betul kering.
2. Ambil magic sponge dan letak Autosol macam letak ubat gigi. Tak perlu letak air.
3. Terus sapu pada permukaan bermasalah, nanti kesan hitam pada singki akan tanggal dan melekat pada span.
4. Bila dah gosok semua permukaan boleh cuci sinki macam biasa. Hasilnya memang akan bersih berkilat.
Autosol ini ada dijual di kedai hardware dan boleh juga beli secara online. Klik SINI untuk link pembelian.
Sumber: Suriyanti Samsudin
Mudah Sangat Nak Buat Tosei, Guna Nasi Sejuk. Lembut Saja Bila Makan

Isi Kandungan
ToggleTosei cicah dengan kari, makan waktu pagi memang ngam. Nak makan malam pun boleh. Biasanya bila teringin nak makan kita ke restoren mamak saja, tapi apa kata cuba belajar buat sendiri.
Makan tosei di rumah lagi syok, boleh ceduk kuah banyak mana suka, berkeping-keping pun tak apa. Kalau nak cuba buat sendiri boleh ikut perkongsian Fatimah Saari.
Buat sendiri tosei
Resipi ini diperoleh daripada neneknya dan semua ahli keluarganya memang belajar buat tosei ini.
Bahan-bahan
1 cawan kacang ulunthu
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 sudu yis mauripan
Garam
Air 3 cawan

Cara membuat
1. Cuci kacang ulunthu dan rendam 5-6 jam, selepas itu kisar sampai halus bersama dengan nasi nasi sejuk.
2. Letak garam sedikit, kemudian tuang dalam bekas lain. Bancuh bahan kisar bersama air, tepung beras dan yis.
3. Peramkan lagi semalaman (tutup dengan tudung periuk) untuk menaikkan.
4. Sediakan kuali leper, sapu dengan minyak masak sedikit.
5. Tuangkan tepung yang diperam satu senduk ratakan, biar garing bawah. Kemudian tutup api. Gulung atau lipat dua. Siap boleh dihidangkan.
INFO: Kacang ulunthu boleh dibeli kedai runcit India ataupun pasar raya Mydin
Selamat mencuba.
Sumber: Fatimah Saari
3 Perkara Ini Tak Perlu Tetamu Datang Baru Nak Tukar, Yang Terbaik Seharusnya Untuk Keluarga

Isi Kandungan
ToggleBila tetamu nak datang rumah, seperti biasa barulah kita kemas rumah dan tukar apa yang patut. Keluarlah semua pinggan baru, begitu juga dengan alas meja, telekung dan sebagainya. Sedangkan bila tiada tetamu kita pakailah pinggan plastik dan pinggan kaca lama malah ada yang sumbing.
Perkongsian daripada Nurlia Mohd Nor ini mengingatkan kita bahawa tak perlu tunggu tetamu datang untuk menyediakan yang terbaik. Seharusnya kita merai ahli keluarga terlebih dahulu dengan perkara terbaik yang kita ada.
Ada 3 benda saya belajar dari arwah Mak
1) Pinggan mangkuk cantik untuk keluarga
Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam.
Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ini lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami/ anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan.
Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah,“Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun…”
2) Telekung solat kena sentiasa bersih
Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun tak apa asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah pun kena cuci
Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Incik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni. Harta benda dah beli, sila guna.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nurlia Mohd Nor