Drawer bila dah lama guna baik di kabinet dapur, di almari dalam bilik biasanya akan mengalami kerosakan pada rail.
Akibatnya susah nak buka dan nak ditutup, kena rentap barulah terbuka. Bila berlaku kejadian macam ini mulalah ingat nak beli baru.
Hakikatnya ini masalah kecil yang boleh kita baiki sendiri saja. Modalnya pun tak banyak. Apa yang perlu kita buat cuma ganti rail drawer saja. Caranya boleh ikut perkongsian Ahmad Ruim ini.
- Buka rail drawer yang rosak.
2. Inilah rupa rail yang rosak, rodanya tu dah takde, sebab itu susah nak buka.
3. Kita gantikan dengan rail yang baru, boleh beli di Shopee. Tapi sebelum beli periksa dulu ukuran rail supaya sama dengan yang asal.
Klik SINI untuk beli
4. Kemudian boleh pasangkan rail baru. Rail ini ada sepasang. Pastikan pasang di bahagian yang betul.
5. Siap, yang ini buka tutup lembut saja, macam laci ikea
Selamat mencuba!
Sumber: Ahmad Ruim
Tip Pilih Pure Butter Untuk Buat Biskut & Kek Raya, Barulah Hasilnya Sedap!
Menjelang bulan Ramadan ramai dah mula mencari cari resipi biskut dan kek raya yang ingin cuba dibuat tahun ini.
Tapi sebelum itu, elok kita belajar dulu perkara asas yang penting untuk jadikan biskut, kuih dan kek raya kita sedap. Salah satunya pemilihan mentega.
Perkongsian dari Nieza Nor Hamnira boleh dijadikan panduan. Melalui pengalaman, beliau berkongsi info jenis mentega yang sesuai dan sedap untuk membuat biskut dan kek.
Jenis pure butter untuk buat biskut dan kek
Melalui pengalaman baking dan eksperimen- eksperimen yang saya suka buat waktu aktif dahulu, di sini mungkin saya boleh berkongsi dapatan saya (disclaimer : eksperimen personal ya bukan fakta profesional).
Ini eksperimen dan findings antara pure butter yang biasa di Malaysia (mentega tulen bukan butterblend / lepa susu ya). Jika mahu jadikan rujukan, silakan. Jika tidak terima, it’s also ok sebab memang masing-masing punya cita rasa berbeza.
Berat Pure Butter Buku
– 250gm biasanya salted, 227gm pula biasa unsalted. Kandungan garam dalamnya yang selalunya jadikan berat butter buku 250gm.
Salted – Unsalted, Kek atau Cookies?
– Kek sedap guna yang salted
– Cookies lebih baik guna yang unsalted sebab rasa mentega yang lebih kaya rasa (rich and buttery)
Jenama pure butter apa yang best dan sesuai?
SCS, Tatura, Golden Churn : Shortbread, Tart, Kek, Brownies
Anchor : Jenis drop cookies, cookies yang berterap (bentuk), Choc chip cookies, soft chewy cookies
Lurpark : Scones, jenis Muffin, Kek, Brownies, Bars
Emborg : Kek, Brownies, Bars
Dah expired boleh guna lagi ke tak
Dah tiba tarikh expired tapi masih ada dalam peti sejuk, boleh pakai tak? Jawapan, masih boleh. Jangka masa?
– Ia masih tahan 1-2 bulan kalau dah buka bungkusan
– 3-4 bulan kalau belum buka bungkusan
Kenapa pure butter tahan lama? Sebab ia tak banyak kandungan laktose, ia tinggi kandungan lemak. Simpan ia dalam packaging asalnya atau juga double wrap dengan foil.
Yang jenama lain-lain selain yang disebut di atas, semua boleh guna dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.
Salted untuk kek, unsalted untuk cookies
Masih juga boleh berpandukan kepada ‘sifir’ pure butter yang salted untuk kek dan unsalted terbaik untuk buat cookies.
Ini bukan cerita butter-blend ya, ini hanya tentang mentega asli sahaja, dan ia pendapat personal berdasarkan eksperimen dan pengalaman saya sebagai baker aktif suatu ketika dahulu.
Gambar adalah antara ujian yang saya buat kepada rasa kepada mentega dan butterblend yang biasa ada di pasaran kita. Walaupun anda dah jumpa mentega asli terbaik, tapi jika anda nak buat cookies, kalau guna butter keseluruhannya (100% – tak campur jenis lelemak yang lain), cookies anda akan rapuh teruk ya… banyak kecainya nanti.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nieza Nor Hamnira
Buat Hormon Penggalak Akar Guna Bawang Merah. Akar Cepat Tumbuh Bila Tanam Pokok Guna Keratan
Kalau tanam pokok melalui keratan sebaiknya guna hormon penggalak akar ini. Barulah akar cepat tumbuh dan benih cepat naik.
Hormon penggalak akar ini selain boleh dibeli di nurseri kita juga boleh buat sendiri. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan bawang merah saja.
DIY hormon penggalak akar organik guna bawang merah
Bahan-bahan:
Bawang merah
Air
Cara-cara:
- Kupas bawang merah. Kisar bawang merah mengunakan blender bersama 10ml air. Selepas itu masukkan bahan kisar ke dalam besen bersama 1 liter air. Kacau sebati.
2. Tapis bahan kisar tadi menngunakan tapisan untuk mendapatkan ekstak jus bawang. Air disimpan dan hampas bawang bolehlah dibuang.
3. Simpan ke dalam bekas atau botol mineral. Sedia untuk digunakan bila-bila masa.
Cara penggunaan
- Cantas atau potong batang pokok yang mahu ditanam contohnya pokok bunga kertas.
2. Campurkan 200ml hormon penggalak akar dari jus ekstrak bawang merah dengan 1 liter dalam satu bekas. Kacau sebati.
3. Rendamkan batang yang ingin di tanam selama 3 jam.
4. Seterusnya tanam batang ke dalam pasu atau polibeg sehingga berakar.
Hormon penggalak akar semulajadi ini boleh digunakan untuk semua jenis pokok yang mahu ditanam melalaui kaedah cutting atau keratan batang.
Sumber : Moch Reza Pahlawan
Tip Buat Cekodok Pisang Yang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam Serta Petua Tak Serap Minyak
Cekodok atau jemput pisang memang hidangan sedap waktu petang atau pagi. Dapat pula yang manis pisangnya serta rangup di luar, tapi lembut di dalam.
Nak dapatkan hasil cekodok yang macam ini ada caranya, dan ia dikongsi oleh Akma Razali yang mendapat resipi cekodok pisang ini dari ibu mentuanya dan jadi kegemaran famili.
Katanya selain rangup di luar dan lembut di dalam, cekodok ini juga kekal lembut walau dah sejuk.
Tip cekodok pisang rangup di luar, lembut di dalam. Sejuk pun tetap lembut
Bahan-bahan:
16 biji pisang emas
3 senduk nasi tepung beras cap bunga teratai
2 sudu tepung goreng pisang Adabi (saya guna jenama lain sebab dah habis)
Secubit garam
Info: Saya tak letak gula sebab pisang dah manis, kalau nak letak pun boleh.
Cara membuat:
1. Kopek pisang kemudianya lenyek, hingga hancur kemudian tambah secubit garam. Guna cawan senang untuk lenyek.
2. Masukkan 3 senduk tepung beras dan 2 sudu tepung goreng pisang. Saya tambahkan tepung ini sebab wangi. Kalau tiada guna tepung gandum 2 sudu.
3. Gaul bancuhan pisang dan tepung tadi. Guna tangan saja.
4. Untuk menggoreng dan dapatkan bentuk bulat. Basahkan tangan kemudian jemput kan bulat bancuhan pisang dan tepung tadi dan terus masuk dalam kuali yang sudah panas minyaknya.
5. Kaup balik kacau dengan sudip.
6. Angkat bila sudah keperangan.
Tip cekodok tak sedap minyak waktu menggoreng
Tip ini dikongsi oleh Liya ErLiza
-Bila minyak dah panas, kecilkan api dulu baru jemputkan cekodok.
-Jemput sampai penuh kuali, baru besarkan semula api tahap sederhana.
-Kacau cekodok 2-3 minit sekali supaya warnanya sekata.
Selamat mencuba.
Sumber: Akma Razali