Satu masalah biasa peti ais adalah bila tiba-tiba kurang sejuk. Kadang kat atas sejuk tapi bahagian bawah tak menyebabkan makanan yang disimpan rosak.

Peti sejuk ini antara peralatan rumah yang penting, jadi kena baiki cepat. Kalau kerosakan ini yang berlaku pada peti sejuk anda sekarang, boleh ikut DIY cara baikinya seperti dikongsi oleh saudara Jannatun Naim

Modal baiki peti sejuk RM12

Penah tak tiba-tiba peti sejuk bahagian atas beku, tapi dibawah tak sejuk pun. Atau pun atas bawah kurang sejuk. Selalunya yang jadi masalah ialah defrost thermostat / defrost sensor yg rosak.

Jadi saya nak tunjuk cara nak tukar benda ni. Sensor ni saya beli online, sebab kedai tak buka waktu PKP ini. Modal lebih kurang RM12 untuk benda di bawah:

Ads

Alat yang diperlukan:

Screwdriver Philip
Cable tie
Defrost thermostat
Shirnk tube/ selotape hitam
Hair dryer (optional)

Cara baiki:

1. Mula -mula off dulu suis peti sejuk.

2. Buka cover bahagian atas peti sejuk. Ni rupa sebelum bukak, yg ni pakai clip ( petak kecil kiri dan kanan kat atas sekali tu) ada yg guna screw, ikut model.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

3. Bila dah bukak cover bahagian atas peti sejuk, macam ni rupanya. Semua dah frozen sebab tu bahagian bawah tak sejuk.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

Ads

4. Tunggu ais mencair . Saya tak kuasa nak tunggu jadi guna hair dryer untuk cepat cair kemudian tadah dengan bekas untuk buang ais yang cair.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

5. Dah cair perasan tak benda macam tiub warna pink tu. Ha Itu lah sensor tu. Potong cable tie tarik keluar sensor tu.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

6. Ok ni keadaan sensor, yang bawah tu baru punya.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

Ads

7. Ok Macam ni.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

8. Potong wayar yang asal kemudian sambung pada yang baru. Jangan risau takde polarity. Bubuh saja ikut suka. Kemaskan guna heat shirnk tube (wana hijau tu), kalau takde boleh guna selotape hitam pun ok.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

9. Letakkan pada posisi asal, bahagian metal sensor tu hala ke bahagian bawah. Guna cable tie ikat balik dengan kemas supaya tak bergerak. Tutup balik cover. Siap. Senang saja.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

INFO

  • Tiub belah bawah tu pulak nama dia thermal fuse. Macam fius besar untuk elakkan coil terlebih panas (fius putus) masa peti sejuk ini auto untuk cairkan ais ( defrost heater) yg terjadi masa compressor off.
  • Ramai yang tanya macam mana rupa defrost thermostat. Inilah rupa dia, ada banyak jenis bulat, petak. Bagi saya tak kisah guna yg mana pun. Ikut bajet kita, fungsi tetap sama walaupun bentuk dia berlainan.

DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12

  • Benda ni cuma sensor je, nak test benda ni ok ke tak bole guna multimeter periksa continuity dia. Dalam keadaan tak sejuk takda continuity, dah sejuk baru ada.

Selamat mencuba!

Sumber: Jannatun Naim

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI