
Bila rumah dah lama diduduki, macam-macamlah kerosakan yang timbul dan pintu adala salah satu daripadanya.
Ada yang pecah, berlubang, tergores, diconteng dan sebagainya. Nak beli dan tukar baru, pintu masih kukuh dan elok sebenarnya. Sayang pula.
Penyelesaiannya, kita DIY dan baiki saja pintu ini. Kita tutup lubang dan cela yang ada pada pintu ikut cara bajet yang dikongsi oleh Mohamad Kautsar.
DIY bajet baiki pintu plywood pecah dan berlubang
DIY pintu plywood pecah dan berlubang edisi tak ada bajet. Modal filler, kertas pasir, gam kayu, plywood 3mm dan cat.
1. Pintu lama pecah dan berlubang.
2. Letak filler untuk tampal lubang, gosok dan marking kawasan yang pecah untuk ditampal.
3. Potong plywood 3mm dan tampal dengan gam kayu Dunlop.
4. Letak filler keliling kepingan plywood dan gosok.
5. Dah licin apply undercoat.
6. Cat biasa.
Siap, ok la sedap mata memandang.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mohamad Kautsar.
Nak tengok pintu cantik-cantik dan murah kat Shopee klik SINI
Buat Sendiri Korean Bibimbap. Goreng Sayur, Daging & Gaul, Senang Sangat

Isi Kandungan
ToggleMakanan Korea memang semakin diminati oleh masyarakat negara kita terutama golongan muda.Bukan saja restoren, gerai tepi jalan pun ada menu Korea ikut citarasa Malaysia.
Salah satunya adalah bibimbap atau nasi campur Korea. Sebenarnya untuk menikmati hidangan bibimbap ini tak perlu pergi pun ke restoren Korea yang ada. Ia boleh dibuat sendiri sebab penyediaannya mudah.
Cuma perlu sedia sayur, daging dan nasi. Itu saja. Jika nak cuba buat sendiri Puan Zurina Zulkifli berkongsi langkah demi langkah membuatnya.
Buat sendiri Korean Bibimbap
Korean Bibimbap, bahasa mudahnya nasi campur Korea. Saya bukan peminat mukbang atau KPop. Tapi saya tertarik dengan masakan Korea yang selalu menyajikan hidangan sayuran yang banyak. Segar mata melihatnya, kaya dengan khasiat.
Sekali sekala masak masakan Korea untuk mencuba menu. Lagipun untuk masakan Korea, bahannya mudah didapati di pasaran.
Bahan yang perlu dimasak
- Daging kambing hiris memanjang, perap dengan kicap cair dan sos tiram selama 10 minit. Tak perlu garam.
- Lobak merah hiris memanjang, perap dengan secubit garam halus.
- Timun Jepun, hiris memanjang dan perap dengan secubit garam halus.
- Tauge segenggam, cuci bersih
- Sawi Jepun, ketepikan bahagian yang keras, cuci bersih.
- Sebiji telur ayam, cuci bersih
Cara membuat
1. Panaskan sesudu kecil minyak masak/minyak bijan. Goreng lobak merah ke atas kuali sehingga lembut.
2. Goreng hirisan timun Jepun sehingga lembut.
3. Masakkan daging kambing yang diperap tadi, api perlahan. Daging tak perlu garing atau kering, biarkan daging masak, lembut dan berjus. Nak guna daging lembu atau ayam pun sedap. Yang penting kena hiris nipis dan memanjang.
4. Untuk tauge dan sawi Jepun, rebus dan toskan. Goreng telur mata, bahagian kuning biarkan sedikit cair.
5. Sediakan mangkuk sederhana besar, letak dua senduk nasi. Saya guna beras Sumo iaitu beras Jepun. Lihat gambar rujukan.
6. Susun bahan yang dimasak pada permulaan tadi. Aturannya,
Ratakan nasi, kemudian letakkan telur mata di tengah. Susun sayuran mengelilingi telur mata.
7. Kimchi dan Gochujang (Pes Cili Korea) saya beli di pasar raya.Kemudian tabur sedikit biji bijan, sedikit sahaja. Tak perlu banyak. Siap, sedia untuk dimakan.
Cara hidangan/makan
Gaulkan kesemua sekali nasi dan sayuran di dalam mangkuk.
Tekap dengan sudu.
Makan dengan rumpai laut. Sedap
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkifli
Rahsia Buat Ayam Masak Kurma Yang Sedap, Kuah Pekat Likat. Kena Tambah 3 Bahan Ini

Selain sambal, gulai dan rendang, lauk ayam masak kurma juga disukai ramai. Lagi sedap jika kuah kurma ini pekat.
Nak hasilkan ayam kurma yang sedap dengan kuah pekat melekat ini juga ada caranya. Ada bahan yang perlu dimasukkan selain dari rempah dan bahan tumisan biasa.
Rahsianya dikongsi oleh Umie Watie. Menurut beliau cara ini adalah resipi dari ayahnya yang enak juga dicicah dengan roti dan lempeng selain dimakan dengan nasi.
Katanya pastikan ada tiga bahan berikut untuk dapatkan kuah kurma ayam yang pekat iaitu daun bawang, daun ketumbar dan kacang badan yang dikisar lumat.
Bahan rahsia ayam masak kurma kuah pekat likat
Cara membuatnya boleh ikut step by step yang dikongsi oleh Umie Watie.
- Bahan-bahan tumisan. Kisarkan bawang merah, bawang putih Dan halia. 4 sekawan jangan dilupakan. Dan paling penting serbuk Kurma.
2. Tumiskan dalam kuali semua bahan tadi.
3. Bila bahan tumis dah wangi dan garing. Masukkan serbuk kurma pilihan hati. Saya guna 1 ½ peket kecil serbuk kurma.
4. Haaaa ini bahan rahsianya. Kisarkan daun bawang, daun ketumbar dan kacang badam. Barulah kurma kita wangi dan pekat melekat dan mantap.
5. Bila bahan tumisan dah naik minyak bubuh bahan rahsia tadi.
6. Gaulkan rata, biar bahan tadi pecah minyak sekali lagi. Masukkan ayam ½ ekor.
7. Kacau rata. Biarkan sekejap untuk kering air ayam tadi kemudian barulah masukkan air. Saya bubuh 2 cawan air lebih kurang.
8. Masukkan pes asam jawa. Kita nak kuah kita masam masam manja saja.
9. Masukkan kentang dan juga lobak merah.
10. Bila ayam, kentang dan lobak dah empuk masukkan santan. Saya bubuh ¼ cawan saja.
11. Masukkan cili hijau, bawang potong dan tomato.
12. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing ya.
Dah siap! Masak nasi siap-siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Umie Watie
Alternatif Bebas Asap Dialog Inklusif & Kompromi Diperlukan

Isi Kandungan
Toggle
Dalam mengurangkan risiko tembakau, alternatif bebas asap telah diperkenalkan selepas melalui pelbagai kajian berdasarkan sains dan teknologi. Dalam masa yang sama sejak dari dulu terdapat peraturan atau dasar yang diwujudkan untuk tujuan yang sama. Bukan saja di Malaysia tapi juga di negara lain-lain.
Namun begitu dalam satu hasil tinjauan antarabangsa yang dijalankan oleh firma penyelidik bebas Povaddo, timbul kegusaran kalangan pengguna tentang pandangan mereka diketepikan ketika membuat keputusan dan dasar serta kebimbangan tentang maklumat yang mungkin mengelirukan.
Tinjauan yang dijalankan untuk Phillip Morris International ini telah dilakukan ke atas 44,000 individu dewasa di 22 negara temasuk Malaysia. 88 peratus responden mahu keputusan yang dibuat hendaklah mendengar dan mewakili pandangan mereka.
Keputusan harus berdasarkan sains dan fakta
Dalam pada itu keputusan daripada tinjauan tersebut turut menunjukkan kepentingan kepada orang ramai tentang keputusan yang dibuat berdasarkan sains dan fakta serta kepentingan akses kepada maklumat mengenai alternatif bebas asap rokok
Sebanyak 81 peratus daripada populasi umum umur sah dari segi undang-undang dewasa di Malaysia percaya keputusan yang memberi kesan kepada masyarakat dan kesihatan awam harus berdasarkan sains dan fakta.
Sementara 82 peratus daripada populasi umum umur sah dari segi undang-undang dewasa mengharapkan pemimpin menerima pakai undang-undang dan peraturan berdasarkan fakta dan data untuk mengikuti rentak perubahan dan inovasi teknologi.
Manakala 71 peratus daripada populasi umum sah dari segi undang-undang dewasa bersetuju bahawa perokok yang sebaliknya akan terus menghisap rokok harus mempunyai akses kepada, dan maklumat yang tepat tentang, alternatif bebas asap rokok yang dibuktikan secara saintifik sebagai pilihan yang lebih baik daripada terus merokok.
Mencari keseimbangan
Menurut Pengarah Urusan Philip Morris Malaysia, Naeem Shahab Khan Malaysia mempunyai peluang untuk mengurangkan kelaziman merokok sekiranya semua pihak bekerjasama.
“Malaysia mempunyai peluang unik sekali dalam satu generasi untuk mengurangkan kelaziman merokok jika semua pihak bekerjasama. Mencari keseimbangan yang tepat untuk menyokong peraturan baharu yang bertujuan untuk mencegah permulaan merokok dan menggalakkan pemberhentian merokok boleh dilengkapkan dengan langkah yang membolehkan orang dewasa yang sebaliknya akan terus merokok mendapat akses dan maklumat tentang alternatif berasaskan sains.
“Penyertaan pendekatan pengurangan bahaya dalam strategi yang bertujuan untuk mengurangkan kelaziman merokok berpotensi untuk memupuk penurunan yang lebih cepat dan boleh membolehkan kemajuan dalam bidang kesihatan awam.”
“Jika kita mahu menangani cabaran yang kita hadapi sebagai masyarakat dengan cara yang bermakna dan pantas, pendekatan yang lebih seimbang dan inklusif diperlukan,” kata Gregoire Verdeaux, Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Luar.
“Ini termasuk keputusan yang mempertimbangkan pertama sekali orang yang paling terkesan, memastikan suara mereka didengari dan keperluan mereka dipenuhi dan kemudian membawa semua pihak yang berkaitan ke meja, termasuk pakar perkara, syarikat swasta, pemimpin masyarakat sivil, dan orang lain yang boleh menyumbang untuk menyelesaikan isu yang dihadapi.”