Ada banyak baja organik yang boleh kita hasilkan sendiri jika bercucuk tanam. Salah satunya adalah baja organik Photo Synthetic Bacteria (PSB). Baja ini punya banyak manfaat untuk tanaman dan juga tanah.
Photo Synthetic Bacteria (PSB) adalah proses membuat bakteria baik untuk kesuburan pokok. Bakteria baik ini dibiakkan dengan menggunakan telur. Ia sudah lama digunakan oleh petani Thai. Cara membuat dan bahannnya juga mudah.
Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga terutamanya untuk lemon, tomato, limau, pelam, manggis dan sebagainya. Boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium.
Bahan-bahan diperlukan:
3 biji telur (hancurkan sekali dengan kulit telur)
2 sudu Ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
5 liter air tanpa klorin
(Boleh tadah air paip dan simpan semalaman sebelum guna/air mineral/air telaga/air sungai)
Untuk sukatan boleh letak lebih, tiada masalah. Kita nak buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang.
2.Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.
3.Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.
4.Nak cepat sikit, tambah pati PSB (jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dalam 2 minggu dah boleh guna.
Cara penggunaan
Ambil 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun seminggu sekali.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Sepang Farmville