
Isi Kandungan
Toggle
Bakul baju di rumah jarang tak penuh. Biasanya berat sampai susah diangkat. Kalau isteri selalu mengadu masalah ini apa kata buatkan bakul beroda ini.
Modal cuma pita pelekat double sided dan roda (boleh beli di kedai Eco atau hardware).
Idea untuk bakul beroda boleh ikut seperti yang dikongsi oleh Saiful Hifzudeen yang dihasilkan untuk isterinya. Selain untuk baju, bakul ini boleh untuk pelbagai kegunaan termasuk untuk barang dapur.
Barang yang diperlukan
Langkah 1 – Lekat pita pelekat pada bahagian bawah bakul untuk diletakkan roda.
Langkah 2 – Lekatkan roda.
Langkah 3 – Biarkan seketika sebelum guna.
Dah siap
Sumber: Saiful Hifzudeen
Tanam Tauge Rupanya Kena Letak Baja Ini, Barulah Hasilnya Gemuk-Gemuk

Tanam tauge memang mudah, tapi biasanya bila cuba tanam ramai yang merungut tauge yang dihasil kurus-kurus tak gemuk macam yang dijual.
Kalau nak tahu sebenarnya nak dapatkan tauge yang gemuk macam jualan ada caranya. Tak cukup dengan siram air saja, kena letak baja juga. Ya, tauge pun ada baja.
Ade Sudianto yang merupakan peniaga tauge berkongsi cara beliau menanam tauge untuk jualan.
Cara tanam tauge supaya hasilnya gemuk
Ramai yang berminat dengan penanaman tauge ini, seperti dijanjikan saya kongsi ilmu tanam tauge yang gemuk. Tiada rahsia.
1. Sediakan tong hitam bersama penutup (supaya tak tembus cahaya). Buat lubang di bahagian bawah dengan soldering atau paku panas atau paku yang dipanaskan atau bor mata 1mm. Lubang ini berfungsi sebagai tempat air keluar supaya tak bertakung. Bahagian tepi tong juga perlu dibuat lubang untuk pengaliran udara.
2. Seterusnya, sediakan penapis dan juga bekas untuk cuci kacang hijau. Cuci kacang hijau untuk 1kg. Cuci besih sampai airnya jernih. Buang biji yang rosak, dan pecah. Kemudian tos kacang tadi selama 5 minit.
3. Langkah seterusnya ini penting. Sediakan 5cc ubat taugeh santoso ( larutan hormon pembesaran) atau satu penutup botolnya atau gunakan syringe. Campurkan ubat ini dengan 2 liter air. Goncang atau sebatikan.
Air inilah yang digunakan untuk rendaman kacang selama 5 jam jangan lebih. Baja tauge atau larutan hormon pembesaran ini boleh dibeli secara online Santoso atau Sumo (klik SINI untuk beli di Shopee.
4. Setelah rendam jangan lupa cuci lagi dengan bersih dan biji yang lembut dibuang. Tos lagi selama 5 minit kemudian masukkan dalam tong hitam tadi.
5. Siram kacang hijau ini setiap 3 jam sampai hari ke empat. Sebenarnya pada hari ke 3 tauge sudah boleh digunakan sebab biasanya selepas 72 jam tauge sudah boleh tuai. Hasil untuk 1kg kacang boleh dapat 6-8kg tauge.
Itu saja perkongsian dari saya semoga bermanfaat.
Sumber: Ade Sudianto
Nak Tanam Blackberry Dalam Pasu, Kena Pilih Jenis Ini Supaya Tahan Lasak & Mudah Berbuah

Rasanya yang enak, manis dengan sedikit rasa masam selain penuh khasiat menyebabkan ramai yang cuba menanam blackberry di rumah, ada yang berjaya dan ada yang gagal.
Berpengalaman menanam pokok ini di dalam pasu di sekitar rumah, Pyan Sempoy berkongsi tip untuk bagi yang ingin cuba menanam blackberry.
Artikel berkait : Tip Supaya Buah Mulberi Yang Ditanam Berbuah Lebat & Besar
Tip tanam blackberry dalam pasu
Jika mahu menanam pokok blackberry dalam pasu carilah variety yang sudah terbukti mudah berbuah & tahan lasak dgn iklim di Malaysia. Saya syorkan variety Prime Ark Freedom (tak berduri) & Black Butte (berduri).
Bila dah pokok, boleh ikut tips yang saya kongsikan kat bawah.
1) Pilih pasu yang g besar berdiameter 40cm ke atas.
2) Guna media tanam yang sangat gembur. Contoh saya guna tanah hitam sawit + topsoil atau tanah bekas + cocoapeat + sekam mentah + sekam bakar + kompos rumput.
3) Letak tempat yang kena cahaya matahari penuh (minimum 5-6 jam sehari).
4) Siram air secukupnya. Tak lebih atau tak kurang.
5) Baja kena cukup & konsisten. Ini yang saya lakukan;
– NPK 16.16.16 setiap 2-3 minggu sekali
– Mol buatan sendiri dari sisa dapur disiram seminggu sekali
– Baja tahi kelawar atau lain-lain yang organik sebulan sekali
– Baja MKP (Monopotassium Phosphate) 2 minggu sekali (tabur + sembur). Guna baja ini bila pokok dah betul-betul subur & ready berbunga (3-4 bulan ke atas).
6) Kawalan serangga perosak / kulat secara konsisten 1-2 minggu sekali. Saya guna s-trex & cuka kayu selang seli, bila dah ada buah saya cuma guna cuka kayu sahaja.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Pyan Sempoy
Artikel berkait: Kalau Pokok Mulberi Yang Ditanam Tak Berbuah, Buat Teknik Lenturan Ini
Buat Sendiri Mee Kolok, Sedapnya Sama Macam Makan Di Sarawak

Isi Kandungan
ToggleKalau pergi Sarawak mestilah kena makan mee kolok yang terkenal di negeri ini. Bila dah makan selalunya akan teringat-ingat dan nak makan lagi.
Di semenanjung memang tak banyak kedai yang menjual hidangan mee ini. Jadi cara nak merasai lagi keenakan mee ini adalah dengan membuatnya sendiri. Tapi sebelum buat, beli siap-siap mee kolok ini secara online. Mee ini memang tak dijual di kedai biasa.
Untuk cara membuatnya boleh ikut cara Fatyn Nur Syahira. Katanya resepi mee kolok ini diambil dari peniaga di Pasar Satok, InshaAllah, sedap puas hati.
Buat sendiri mee kolok
Bahan untuk mee
Mee kolok (sebungkus boleh makan 4 orang)
Kicap manis
Kicap pekat ABC
Minyak masak
Bawang merah
Bahan untuk sup dan hiasan
Sup bunjut
Daging
Tauge
Daun sup
Cili merah besar
Bahan untuk cili kicap:
Cili padi
Bawang putih
Cara membuat
1. Hiris bawang merah dan goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Celur mee sampai lembut. Angkat dan toskan. Bila dah kering air letak dalam mangkuk besar. Tuangkan kicap kipas udang, kicap mudim dan bawang goreng tadi ke dalam mee kolok. Kauntiti kicap hanya untuk mee nampak hitam saja. Gaul sebati.Ketepikan dulu!
3. Rebus daging dengan sup bunjut sampai empuk. Perasakan garam dengan serbuk cukup rasa. Siap untuk sup.
4. Tos daging dan potong.
5. Kisar cili padi 10 biji dan bawang putih 5 biji. Panaskan periuk, letak minyak dalam 3 sudu kemudian tumis sampai masak. Tuang kicap dalam 7 sudu sampai agak gelap . Perasakan garam dengan gula secukup rasa. Saya suka lebihkan gula baru kick. Siap untuk cili kicap!
6. Akhir sekali masukkan mee yang dah siap celur tadi dalam mangkuk. Letak hirisan daging, daun sup, tauge celur, cili besar dengan cili kicap . Siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Fatyn Nur Syahira