Sama ada di kawasan rumah atau di sekitar tempat kita bekerja mesti akan ada kucing jalanan atau tanpa tuan. Bagi pencinta kucing melihat binatang ini mengiau minta makanan memang tak sampai hati.
Supaya kucing terbiar ini tak kelaparan, korang boleh DIY cat feeder ini dari botol air mineral ini. Cuma beli makanan kucing dan letak di supaya binatang ini sentiasa ada makanan.
Letak di tempat yang ada kucing terbiar. Nak buat untuk kucing di rumah pun boleh juga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Ads
2 biji botor air mineral 10 liter
Cable tie
Gam
Cara membuat
1. Ambil satu botol untuk isi makanan, tebuk bahagian bawah botol ini anggaran 5cm panjang & 3cm lebar untuk makanan turun.
Ads
2. Kemudian guna satu lagi botol untuk takung makanan. Potong dan ambil bahagian bawah saja lebih kurang 4cm-5cm tinggi dari bawah.
3. Kemudian potong pula sikit di bahagian yang kita nak sambung pada botol tinggi isi makanan.
Ads
3. Boleh sambung guna cable tie. Kalau nak lagi cantik boleh pakai super glue. Siap.
Sekarang dah tiada masalah lagi untuk membantu kucing jalanan di luar sana. Selamat beramal.
Nak lembutkan daging ikut petua lama ada macam-macam, paling popular letak sudu. Ada juga yang letak kurma, ais atau rebus dulu.
Tapi lembutkan daging cara ini makan masa dan belum tentu daging lembut. Sebaiknya kita ikut cara mereka yang mahir dalam masakan. Dikongsi oleh Chef Rizal 3 cara ini dijamin dapat melembutkan daging.
1. Guna lemon
Perah sebiji lemon dalam daging daging yang dihiris. Gaul dan biarkan 20-25 minit. Kemudian cuci bersih. Insya-Allah lembut daging ini
2. Baking soda
Cara kedua, sediakan air dalam dalam bekas kemudian masukkan satu sudu makan baking soda ke dalam air.
Larautkan dan campurkan air ini dalam daging. Biar 10 minit dan cuci bersih. Jangan biar lama kerana daging rasa lain.
3. Cuka
Letak sedikit cuka, gaul dengan daging. Perap 15-20 minit. Cuci bersih.
Pilih salah satu daripada 3 cara ini untuk lembutkan daging sebelum memasak.
Pokok pegaga memang ulam kegemaran ramai, sebab itu ramai yang tanam pegaga ini di sekitar rumah. Cumanya ada yang menjadi dan ada juga sebaliknya.
Jika pokok pegaga yang ditanam tak hidup subur seperti yang diinginkan tip yang dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob boleh dipraktikkan. Memang geram melihatnya sebab daunnya lebar dah macam sayur sawi.
– Pokok pegaga ini asalnya memang kecil-kecil daunnya, beli di pasar seikat RM2. Memang sedap rangup dan tak pahit.
– Cara tanam cuma pilih pegaga yang dah ada akar dan cucuk ke dalam tanah dan siram.
– Letak pokok pegaga ini di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.
– Rahsia daunnya jadi lebar macam sayur sawi cuma air siraman. Siram dengan air basihan ikan yang kita siang. Setiap kali basuh ikan airnya simpan untuk siraman. Itu saja.
INFO: Pegaga ini bukan jenis pegaga gajah kerana waktu beli di pasar memang daunnya kecil. Tapi lepas siram dengan air basuhan ikan, daunnya jadi gemuk dan lebar.
Kalau makan di restoren nasi ayam Chicken Rice Shop antara yang selalu kita pesan adalah pai tee. Kulit pai yang rangup bersama sayur cicah pula dengan sos memang cukup sedap. Selalunya tak cukup satu.
Pai tee ini juga sebenarnya boleh kita buat sendiri asalkan ada loyang (boleh beli di SINI) dan ikut cara yang dikongsi oleh Zaliha Zaliha Salleh.
Buat sendiri pai tee
Pai Tee ala Chicken Rice Shop. Krup krap rangup kulitnya. Puas anak-anak makan.
Bahan untuk kulit
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
Sesudu kecil air kapur
Sedikit garam
Sebiji telur
Bahan untuk inti
Sengkuang, lobak merah, timun ( potong halus dan memanjang)
Bawang putih dan bawang merah – dicincang (untuk menumis)
Isi udang/ayam -dikisar
Cara membuat pai tee
Campur semua bahan dalam bekas, kacau hingga sebati adunan.
Panaskan acuan dan goreng macam buat kuih loyang.
Langkah goreng pai tee
Cara membuat inti
Tumis bawang hingga naik bau dan masukkan isi udang/ayam.
Kemudian masukkan sayur yang dipotong tadi. Kacau sekejap dan terus tutup api.
Masukkan sayur ini ke dalam pai tee yang siap digoreng dan juga sos (sos nasi ayam).