Bila pelihara kucing di rumah perkara penting yang perlu disediakan adalah tempat untuk mereka buang air kecil dan besar.
Anak bulus ini perlu diajar mengggunakan cat litter ini supaya tak membuang di tempat tak sepatutnya.
Nak uruskan cat litter ini juga kena cari cara yang memudahkan supaya tak makan banyak masa kita.
Dikongsi oleh pengguna TikTok @Kocheng
beliau menunjukkan cara mudah untuk membuang najis kucing dari cat litterBahan yang diperlukan
Cara-cara
1. Letak plastik sampah besar pada raga di bawah.
2. Kemudian tindan dengan raga plastik. Ikut berapa banyak raga yang kita nak buat sebagai penapis untuk asingkan najis kucing.
3. Kemudian masukkan pasir kucing. Siap!
4. Bila kucing membuang, apa yang perlu dilakukan cuma angkap saja raga plastik tadi yang berfungsi sebagai penapis. Najis akan tertinggal dalam raga dan pasir akan jatuh ke bawah dalam plastik sampah.
5. Angkat plastik sampah dan tuang pasir dalam bekas. Ulang langkah di atas.
Boleh juga tonton video DIY Kocheng ini ya.
@kochengmy Ok disebabkan byk kata leceh pakai selotape ni dia Cat litter kedai RM2 V2. Nie paling jimat la takpayah dh pakai selotape. Kos dlm Rm 10. Pakai bag plastik sampah jer. Dpt idea dr komen2 korg jugak hehe. Moga bermanfaat utk semua. #catoftiktok #catworld #kucinglucu #cat #kucingbertuah #kucing #cattok #kucingmalas #catlovers #catlitter ♬ Maafkan Aku – Cover The Orion – Indah Yastami
Kalau malas jugak nak buat semua ni, beli je cat litter canggih ni. Klik SINI