DIY Divider Versi Bajet Untuk Tutup Ruang Dapur. Buat Dari Paip Saja!

Share

Kebanyakan rumah sekarang dari ruang tamu lagi sudah nampak dapur. Meskipun begitu ramai yang tak selesa begini dan akan buat ubah suai untuk tutup sedikit bahagian dapur dan ruang makan.

Selalunya kos ubah suai memakan belanja yang besar. Tapi bagi yang ada bajet namun tak banyak atau nak jimat boleh usahakan buat idea divider ruang seperti yang dikongsi oleh Safuan Zulkifli.

Buat divider dari pair saja atau lebih tepat paip untuk kegunaan hidroponik (UPVC)!  Bila dah balut dengan wall sticker, hasilnya memang menarik. Paling penting dapat lindung ruang yang dikehendaki.

Divider ruang dari paip!

Column divider untuk golongan marhaen macam saya!  Cara pemasangan, gambar detail pemasangan dan supplier barang seperti di bawah.

DIY bajet

Guna 2×4 UPVC pipe. Kegunaan asal paip ni adalah untuk hydroponic (beli yang belum ditebuk lubang). Nak bagi cantik lagi divider ini, kita wrap dengan wall sticker. Kos barang untuk siapkan 20 batang column divider ni dalam RM966.

RM 640
– 60 meter UPVC Pipe, jointer dan end cap (saya beli cash n carry dari MYC Hydroponic Farm di Bandar Rimbayu. Dalam shopee ada juga dijual. Search ‘hydroponic tube’ dan beli tube yang belum dilubangkan).

Ini jointer extention/socket

RM 208
– 30 meter wallpaper/wall sticker (saya beli dari shopee). Wall sticker ada lebih dalam 10 meter lagi sebab plan asal nak wrap column end to end. Tapi cantik pulak bila atas warna lain dan bawah warna lain.

Selebihnya kos untuk tools; drill bit, glue, xbond, etc.

Cara pemasangan

Secara ringkasnya, cara pemasangan bagi projek diy ini dalah seperti berikut:

1. Ini end cap. 1/3 end cap tu perlu dipotong.

2. Tebuk lubang pada floor tile guna tile/glass bit dan juga lubang pada bahagian atas guna masonry bit.

3. Masukkan wallplug.

4. Lekatkan end cap pada permukaan lantai dan beam/siling guna xtraseal xbond.

Bahagian atas

5. Skrukan end cap tersebut.

6. Letak pvc glue pada both end cap.

7. Then slot in column divider tu dalam end cap.

8. Pasangkan semula 1/3 end cap yang telah dipotong tadi pada tempatnya menggunakan pvc glue.

9. Tambahan paku rivet boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi sambungan atas dan bawah column divider.

10. Kemasan akhir, letak silicone pada gap yang ada antara end cap dan lantai/beam.

Jadilah dapat siapkan column divider macam ni daripada tukang amatur yang tak bertauliah.

Gambar sebelum pasang

Sila ambil maklum bahawa material jenis ini tidaklah sekukuh solid wood tapi ianya tetap serve its purpose as space divider. Berpada dengan kos barang dan statusnya sebagai ‘divider bajet’.

Selamat mencuba!

Sumber: Safuan Zulkifli

 

Published by
VK