DIY Drawer Bawah Tangga Untuk Mudah Letak Barang & Nampak Kemas. Guna Lebihan Plywood Saja

Share

Ada kediaman teres dua tingkat bahagian bawah tangga siap dengan stor untuk memudahkan penyimpanan barang. Tapi ada juga kediaman yang tidak disertakan dengan stor ini.

Disebabkan itu bawah tangga kosong dan jadi tempat kita meletakkan barang. Seringkali ia nampak tak kemas tambah pula kedudukannya di ruang tamu.

Bagi kediaman yang begini, kita boleh ikut solusi yang dikongsi oleh Siti Nor Mohamed. Caranya buat sendiri drawer besar bawah tangga untuk meletakkan barang. Kalau perhatikan nak buat drawer ini juga mudah, cuma guna lebihan plywood saja.

Ini langkah DIY yang dikongsi beliau.

DIY drawer bawah tangga

Kali ni Mokcik DIY drawer bawah tangga pulak untuk simpan 2 bijik vacuum yang ada. Selain untuk nampak kemas, dengan drawer ni, lebih mudah sikit nak ambik vacuum. Takde la kena terbongkok-bongkok.

SEBELUM BUAT DRAWER

Mokcik buat kabinet drawer ni guna lebihan plywood saja, memang tak beli plywood baru. So, ada cabaran dia kat situ, kira macam nak susun puzzle. Cabaran lain adalah angle tangga tu sendiri, termasuk dinding yang tak rata. Jenuh jugak la nak dapatkan ukuran dia.

Lagi satu, Mokcik buat kabinet drawer ni bukan melekat terus pada dinding. Hanya lekat 3 skru sahaja. So, anytime nak bukak balik, hanya bukak skru dan kabinet tu seketoi boleh dialihkan…

1. Mula-mula kita buat rangka dulu. Ni plywood paling panjang yang ada so, Mokcik potong jadi saiz 1×2, cukup la untuk buat rangka.

2. Ni pun ngam-ngam saja plywood untuk buat drawer. Tengok, saiz pun tak sama lebar. Malas nak samakan… Boleh je… Kita buat dia….

3. Try dulu drawer tu ngam ke tak. Drawer slide pun dapat 36″ saja. Kalau ikutkan nak guna yang 42″ tapi takde. LINK drawer slide.

4. Pastu kita tampal la dinding. Sebab takde plywood yg cukup besar, so kita adjust la kepingan kepingan plywood supaya ngam. Ada 5 keping dicantumkan kat situ.

Yang putih tu wallpaper. Saja bubuh sebab susah nak cat dalam tu. Masa ni, kabinet ni dah diskrukan ke dinding.

5. Untuk menutup tempat cantuman dinding tadi, kita guna lebihan plywood masa buat shiplap dulu. Ngam ngam pulak tu.

Drawer front tu pun sambung plywood.

Ini lah lebihan plywood yang digunakan.

Ni rupa asal tempat vacuum tu.

Dah siap cat semua, jadilah begini drawer bawah tangga.

Mokcik pun nak entre frame.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Siti Nor Mohamed.

Published by
VK