Sekarang ini antara perkara yang wajib kita pakai bila keluar rumah adalah facemask.
Tapi bagi wanita bertudung, kebanyakan facemask yang dijual di pasaran adalah jenis talinya selit di telinga yang menyukarkan kita mengenakannya.
Nak cari facemask tali ikat belakang memang susah. Salah satu alternatif boleh dibuat adalah ikat pakai reben atau tali cuma nampak tak cantik pulak.
Untuk memudahkan sekarang ada pula dijual facemask extender. Tapi kan sebenarnya boleh saja kita buat sendiri sebab nak membuatnya senang sangat.
Boleh ikut perkongsian dari Aida Azman.
Bahan yang diperlukan:
Kain/getah
Butang
Cara membuat:
- Potong kain getah ikut ukuran yang sesuai
- Jahit butang di kedua hujung. Siap
Macam-macam stail boleh buat
Tak perlulah guna riben atau tali untuk ikat bila kena guna mask jenis selit di telinga.
Sumber: Aida Azman
Idea Spageti Bolognese Dalam Cup Untuk Jamuan Sekolah Anak. Mudah, Boleh Terus Gaul & Makan
Minggu lalu dan minggu ini memang banyak jamuan sekolah diadakan. Mak-mak yang ramai anak memang selalu pening fikir apa nak bawa. Kalau ada lagi yang sedang fikir apa menu yang hendak disediakan untuk jamuan sekolah anak, idea yang dikongsi Rose Senni ini boleh kita tiru.
Menyediakan spageti bolognese daging, ia memang menu biasa tapi cara penyediaannya yang menarik kerana praktikal untuk anak-anak makan. Spageti ini diisi dalam cup atau cawan plastik sekali dengan garfu memang memudahkan kerana tak perlu guna pinggan. Boleh terus gaul dan makan.
Spageti bolognese daging dalam cup
Alhamdulillah tengah sarat menunggu hari dapat siapkan menu untuk jamuan akhir tahun untuk 3 orang anak. Total untuk 120 orang makan. Terima kasih pada ahli group MAHN yang pernah berkongsi idea untuk hidang macam ni. Maaf sebab tak ingat siapa.
Saya masak 3 kali sebab waktu jamuan berbeza dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.
Ni resipi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun saya rasa ok. Resipi untuk 40 cup atau 40 orang.
Bahan-bahan:
2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)
Bahan kuah spagetti :
5 tin sos Prego cendawan
1 tin sos pasta cendawan Adabi
2 pek daging lembu kisar Ramly
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
3 biji capsicum / cili benggala (3 warna dipotong dadu)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
6 batang sosej (dihiris halus)
2 cawan air (ikut sukatan tin Prego)
Sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)
Cara membuat
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
2. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak akan bertukar ke warna coklat.
3. Masukkan sosej dan lobak merah kacau sebati.
4. Masukkan capsicum dan bawang holand dan kacau sebati.
5. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam.
6. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api.
7. Sediakan cawan plastik, masukkan kuah diikut dengan spageti di atasnya. Tutup dengan penutup cawan (pastikan spageti dan kuah sejuka terlebih dahulu).
Selamat mencuba.
Sumber: Rose Senni
Cara Buat Kuah Lontong Yang Sedap & Pekat
Nasi impit dan kuah lodeh atau dipanggil lontong ini dah sinonim dengan selera kita walaupun ia masakan dari negara seberang.
Selalunya dimakan waktu pagi dan memang mengenyangkan kerana meriah dengan sayur-sayuran.
Bagi yang pertama kali nak cuba menyediakan lontong ini boleh ikut perkongsian dari أختي اراني. ini. Kuahnya pekat dan sedap.
Cara buat kuah lontong yang pekat sedap
Bahan untuk kuah lemak lontong :
1/4 biji kubis
1 batang lobak merah – potong panjang
9 batang kacang panjang
1 ikat soo hoon
1 keping fucuk – potong panjang
1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup
1/2 biji kelapa parut
Garam gula secukup rasa
Serbuk kunyit
Bahan kisar :
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 sudu besar udang kering
Cara membuat:
1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2) Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4) Masukkan kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api perlahan.
5) Akhir sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
6) Hidangkan dengan nasi impit yang siap direbus bersama sambal.
Semoga bermanfaat.
Sumber: أختي اراني.
Artikel berkait: Cara buat lontong darat atau lontong goreng
Kalau Beli Daun Kari Cari Yang Ada Ranting! Buat Cambah Benih Tanam Dalam Pasu
Rasa nak masak kari, ambik saja daunnya dari pasu. Kan senang, itulah kelebihan kalau tanam sendiri pokok kari. Tak perlu susah-susah pergi kedai.
Lagi pun nak tanam pokok kari ini tak susah mana. Bila pergi kedai cari daun kari yang ada ranting/ batang untuk dicambahkan benih dan boleh tanam dalam pasu saja.
Cara penanamannya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nomie Mat Lias.
Cara tanam pokok kari dalam pasu
1. Bila pergi kedai runcit, cari yang jual dahan/ranting daun kari. (Contoh dalam gambar)
2. Buang semua daun, tinggalkan batangnya saja.
3. Jika panjang, kerat 2/3.
4. Rendam dalam bekas berair, hingga naik tunas-tunas baru. (5-8 hari)
5. Sediakan pasu kecil untuk proses semaian.
6. Cucukkan batang kari tadi.
7. Letak di tempat redup, spray setiap 2 hari sekali. Biarkan, jangan sentuh dan kacau.
8. Tunggu hingga daun baru tumbuh.
9. Pindahkan ke tanah / pasu besar.
10. Dah banyak daun bolehlah dipetik untuk buat ulam atau masakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nomie Mat Lias