Bagasi atau lugage memang kerap kita guna bila travel atau balik kampung. Selalu terjadi roda bagasi ini akan rosak bila dah selalu digunakan. Sama ada tercabut atau pun pecah.
Roda pecah, tinggal bahagian dalam saja. Ini kerosakan yang biasa berlaku.
Kalau hantar di kedai atau pusat servis untuk baiki boleh cecah RM60 untuk satu roda saja. Kalau sudah empat yang rosak dah RM180 dah sama harga dengan beg. Jadinya lebih baiklah kita baiki sendiri.
Caranya beli roda gantian di online dan DIY. Roda bagasi ini boleh dibeli di Shopee. Tapi pastikan dulu saiznya sama ya. Klik SINI untuk beli.
Cara baiki
- Ukur dulu roda bagasi asal sebelum beli.
2. Potong bahagian yang menyambungkan roda untuk mengeluarkan roda lama.
3. Kemudian pasang semula roda dan skru.
Boleh juga rujuk video ini untuk lebih jelas.
Selamat mencuba!
Tip Mudah & Murah Hilangkan Watermark Pada Cermin Kereta, Cuci Guna Pes Pencuci Pinggan Saja!
Titisan air yang dibiarkan tanpa akibat hujan, embun atau membasuh kereta boleh menyebabkan watermark pada cermin kereta.
Cermin kereta akan mampak bertompok-tompok dan kelihatan kotor. Watermark ini memang sukar dihilangkan apa lagi kalau dibiarkan lebih lama tanpa dicuci.
Nak hilangkan watermark ini perlu cucian khas dan lebih mahal harga jika dilakukan di pusat cucian kereta.
Tapi jika nak jimat boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok Bezza_jerw. Beliau berkongsi cara mudah menghilangkan watermark pada cermin kereta ini dengan hanya menggunakan pes pencuci pinggan. Video TikTok beliau ini mendapat lebih 4 juta tontonan.
Cara yang ditunjukkan memang mudah dan murah.
Tip hilangkan kesan watermark pada cermin kereta guna pes pencuci pinggan
1. Ambil pes pencuci pinggan (sebaiknya jenama Labour kerana teksturnya lebih halus).
2. Basahkan cermin kereta kemudian ambil span dan calit pencuci pinggan tadi.
3. Gosok pada cermin kereta yang mempunyai watermark tapi pastikan secara membulat supaya lebih berkesan.
4. Selepas itu sembur cermin kereta dengan air, bilas sabun sehingga bersih.
5. Lepas bilas anda akan dapat kesan watermark dah hilang! Kemudian lap cermin kereta hingga kering.
Ini pula video penuh beliau di TikTok.
@bezza_jerw GILA laa,hilang segala watermark dekat cermin🤯 #bendadahviral #fyp #watermarktutorial ♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀
Selamat mencuba.
Tip Penjagaan Pokok Keladi Hiasan Supaya Daunnya Lebat & Subur
Kebelakangan ini ramai yang mula berminat tanam pokok keladi hiasan di rumah. Tambah pula bila mengetahui harganya boleh mencecah ribuan ringgit.
Harga keladi hiasan ini jadi begitu tinggi harganya jika bentuknya unik dan dan saiznya besar seperti spesis monstera ini.
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan hobi menanam pokok keladi tip berikut boleh dijadikan panduan supaya pokok keladi hiasan yang ditanam hidup subur dan lebat daunnya.
Tip penjagaan pokok keladi hiasan
Pokok keladi sesuai di tanam atau diletakkan di tempat yang terlindung daripada sinaran matahari terus pada pokok. Pancaran matahari yang terik boleh menyebabkan daun keladi mudah lecur jika terdedah kepada cahaya matahari secara berterusan.
Disebabkan pokok keladi sangat sensitif kepada kepanasan dan cahaya matahari yang terus, ia memerlukan siraman yang kerap dan juga baja yang mencukupi. Pastikan tanah sentiasa lembap. Dalam masa yang sama pastikan air tidak bertakung dan tanah tidak kering.
Sebaiknya siram 2 kali sehari jika cuaca panas. Boleh gunakan baja kimia untuk pertumbuhan daun yang lebat. Pastikan tabur baja jauh sikit daripada batang dan daun untuk elakkan lecur pada bahagian tersebut.
Cara Tanam/Pembiakan
1. Pokok keladi mempunyai akar besar atau yang berisi dipanggil ubi. Pastikan ambil sekali dengan akar dan ubinya untuk tanam. Buat lubang tak perlu dalam sangat supaya sistem akar lebih mudah hidup terbentuk.
2. Pokok keladi hiasan akan nampak lebih cantik di tanam dalam pasu. Jika dibiarkan tanam atas tanah ia akan hidup bersepah dan tak tersusun. Susah untuk kita uruskan.
3. Pokok keladi memang cantik dengan daunnya yang lebar. Tapi awas, ada jenis pokok keladi yang beracun iaitu getah yang keluar dari bahagian batang, daun dan isinya. Jadi, bila potong kena berhati hati supaya tidak terkena getah.
Getah keladi kalau terkena pada kulit boleh menyebabkan gatal-gatal. Jika ada anak kecil pastikan letak pokok keladi di tempat yang sukar dicapai anak-anak atau letakkan jauh dari tempat laluan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Bertam Nursery
Klik SINI untuk beli keladi cantik-cantik di Shopee
Guna Sarang Telur, Cara Berkesan Halau Serangga Perosak Tanaman & Lalat Buah
Sarang telur ini berguna untuk asapkan pokok atau tanaman untuk halau serangga perosak dan termasuk lalat buah yang jadi penyebab hasil buah buruk.
Jadi setiap kali beli telur, sarangnya jangan dibuang terutama jika bercucuk tanam di rumah terutama pokok buah.
Tapi untuk asapkan tanaman ini juga ada caranya.
1.Bakar sarang telur dan matikan api supaya tinggal bara dan berasap.
2. Letak sarang telur yang berasap ini sekitar tanaman atau boleh juga sangkut sedikit pada pokok buah.
3. Aktiviti asapkan tanaman ini sebaiknya dilakukan pada sebelah petang bermula pukul 7 malam kerana serangga perosak yang mengganggu tanaman aktif pada waktu ini.
4. Boleh lakukan 3 hari sekali dalam 45 minit. Boleh hentikan aktiviti ini jika daun dan buah tidak diganggu ulat dan serangga lagi.
5. Selalunya pokok yang diasapkan ini akan mengeluarkan bunga dan berbuah lebat. Cara ini juga boleh halau nyamuk sekitar rumah yang mula banyak menjelang malam.
INFO:
Kalau perasan aktiviti asap pokok ini memang dah lama dipraktikkan oleh orang-orang tua di kampung. Setiap petang mereka akan membakar daun kering atau sampah bawah pokok. Kalau di bandar bolehlah guna sarang telur.
Semoga bermanfaat
Sumber:Fig Farm Agro, Azhar Che Soh & Azmi Amin
Artikel berkait: Tip Mudah Elak Tong Sampah Berbau & Berair. Alas Dengan Sarang Telur Saja