Ramai yang berhabis beribu ringgit untuk langsir kediaman. Memang mahal apatah lagi kalau ditempah.

Langsir jenis eyelet pula selalu jadi pilihan kerana selain cantik senang pun pula pemasangannya.

Bagaimanapun kalau tiada bajet banyak, boleh ikut idea daripada Nurul Shahida ini. Menggunakan hanya kain jersey untuk membuat langsir eyelet di ruang tamu hasilnya tak kalah. Nampak mewah walau pun bajet murah.

 

Ads

Langsir eyelet guna kain jersey

  • Kain jenis jersey (RM2.50 semeter beli dekat kedai langsir. Saya beli sekayu ada 67 meter = RM167)
  • Ring (beli di Shopee (RM30/100 pcs )

Cara pasang ring

1. Selepas jahit tape pada langsir,  buat ukuran untuk pastikan kedudukan ring sama antara satu sama lain.

Ukuran saya 60 inci jadi boleh dapat 10 ring. 60 ÷ 10 = 6 inci. Jadi jarak antara lubang ring 6 inci.

DIY Langsir Eyelet Dari Kain Jersey. Nampak Mewah Tapi Sebenarnya Murah

2. Selepas itu buat ukuran ring, bulatkan ring ikut dari bahagian dalam. Kemudian gunting bulatan.

3. Dah siap ada bulatan, pasang ring. Letak atas bawah lepas tu tekan saja. Senang kan.

DIY Langsir Eyelet Dari Kain Jersey. Nampak Mewah Tapi Sebenarnya Murah

Jarak hujung kiri dan kanan langsing pula 6 ÷ 2 = 3 inci. Jadi jarak antara kiri kanan hujung tu 3 inci.  Dah siap langsir eyelet.

DIY Langsir Eyelet Dari Kain Jersey. Nampak Mewah Tapi Sebenarnya Murah

TIP

DIY Langsir Eyelet Dari Kain Jersey. Nampak Mewah Tapi Sebenarnya Murah

Ads

Agar langsir eyelet lebih cantik, gunakan clip ring ini supaya bila langsir ditarik, eyelet tak terbuka.

Selamat mencuba!

Nota:Kalau nak beli ring di atas klik sini. Boleh juga kalau nak beli langsir. Klik sini

Ads

Sumber: Nurul Shahida

Artikel berkaitan:

Cara mudah selesaikan masalah langsir meleret tanpa perlu potong

Cara basuh langsir guna mesin basuh. Jangan terus sumbat, buat ini dulu

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI