DIY Lip Scrub Guna 3 Bahan Saja, Rawat Bibir Hitam Jadi Merah Jambu

Share

 

Bibir semula jadi warna merah jambu memang diidamkan wanita. Tapi sayangnya kebanyakan bibir kita tak begitu.

Ramai yang berdepan masalah bibir hitam walau pun tak merokok. Memang boleh diselindung dengan warna lipstik tapi takkan di rumah pun nak pakai lipstik bagai.

Cara terbaik adalah merawatnya. Untuk mengembalikan bibir yang hitam kembali jadi merah jambu kita boleh amalkan lip scrub atau pun skrub bibir.

Tak perlu beli, kita buat saja sendiri sebab untuk menghasilkannya pun mudah sangat.
Hanya tiga bahan saja diperlukan.

1. Bahan-bahannya

  • Vaseline
  • Minyak bayi
  • Gula
  • Bekas kecil

2. Masukkan sesudu gula, baby oil dan Vaseline ke dalam bekas.

3. Gaul rata dan ia sedia digunakan.

3. Simpan dalam bekas. Cara menggunakan, usap lip scrub pada bibir dalam gerakan bulat untuk membuang kulit mati. Kemudian basuh.  Amalkan 2 atau 3 kali seminggu.


Sumber:CSR Teman Sajian

 

 

Published by
VK