Kalau perut tengah lapar, nak cepat masak inilah lauk yang paling sesuai. Buat ayam kunyit berlada, kalau masak lauk ini tak perlu dah lauk lain.
Ini saja dah cukup menyerakan bila makan dengan nasi panas. Kalau nak versi paling sedap boleh ikut perkongsian Suzilawati Alias.
1. Ayam dipotong kecil. Perap sekejap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit tepung beras.
2. Sediakan bawang merah, bawang putih, cili api, lada besar dan halia. Kisar atau guna chopper.
3. Goreng ayam dulu. Dah kekuningan, ketepikan.
4. Ini bahan yang dikisar dengan chopper, tak perlu halus sangat.
5. Tumis bahan dikisar menggunakan minyak goreng ayam tadi. Kemudian masukkan gula perang, sos cili, sos tiram, sos tomato, air asam jawa, daun limau purut dan serai. Gaul.
6. Masukkan ayam goreng.
7. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri, hirisan lada benggala hijau. Gaul sekata.
Kuih semperit antara kuih raya wajib ada di setiap rumah dan kebanyakan kita pun buat sendiri saja kuih ini.
Tapi bagi yang tiada oven atau oven rosak jangan risau, tetap boleh buat kuih semperit atau kuih bunga Cina ini. Kuih ini juga kita boleh bakar atas dapur gas saja. Hasilnya bunga tetap elok cantik tak kembang atau tumbang.
Tapi pastikan ikut langkah dan resipi yang dikongsi oleh Noriza Awang Hamat.
Buat kuih semperit 3 bahan, bakar atas dapur gas
Oven sis rosak tapi teringin nak buat biskut jadi sis cuba pakai kuali je. Wow, cantik kejadiannya!
1. Kacau dulu Planta dengan susu pekat kemudian masukkan tepung jagung. Uli manja guna tangan saja.Kalau adunan masih lembik tambah sedikit demi sedikit tepung jagung.
1. Boleh guna pan, kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Penutup kuali pastikan ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan sekata.
2. Tak perlu letak air atau pasir dalam pan. Sebab dah letak alas pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mulakan kerja membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit, kemudian barulah letak dulang untuk bakar biskut.
4. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.
5. Sukatan masa membakar ikut jenis biskut, contoh biskut bunga Cina ambil 15 minit / sehingga kekuningan.
6. Tak perlu sapukan minyak pada dulang biskut.
Siapa cakap tanpa oven maka tiada biskut raya? Lepas ni boleh la buat sendiri biskut raya, tak ada dah ‘kuih tunjuk’.
Jika selalu beli di kedai sayur kubis, apa kata cuba tanam sendiri pulak. ‘Feel’ makan sayur yang ditanam sendiri memang lain. Tapi selain untuk masak sendiri, boleh juga cantikkan laman rumah kerana daunnya yang lebar. Kalau tanam banyak memang cantik.
Satu lagi kaedah penanaman kubis ini pun mudah saja. Insya-Allah menjadi. Berpengalaman menanam sayur ini di kediamannya, Mohd Amri berkongsi caranya.
Tanam kubis depan rumah, kaedahnya mudah saja
Dulu-dulu sebut kubis mesti ingat Cameron Highlands. Sekarang depan dan halaman rumah pun boleh. Kaedahnya mudah sahaja, insha-Allah jadi.
Peralatan
1. Pastikan bekas/pasu/polibeg/tayar kereta terpakai atau macam saya guna bakul kedai eco rm2.10 sahaja.
2. Medium. Nak guna tanah hitam sawit boleh, nak guna tanah 6 in 1 boleh, tanah campur boleh, cocopeat sahaja pun boleh. Janji medium jangan terlalu keras sehingga air tak meresap ke bawah.
3. Benih kubis. Semai siap-siap sebelum dipindahkan ke medium. Saya ambil masa dalam 13-15 hari, bila anak pokok sudah matang, baru pindah ke bekas. Semaian saya pakai peatmoss.
4. Baja. Ada orang guna baja biji. Ada orang guna baja tahi ayam. Saya pula pengguna baja TPF. So, tepuk dada tanya selera.
Cara penanaman
1. Setiap satu anak pokok hanya satu bekas. Nanti pokok akan melebar. Kalau satu bekas dua pokok, pertumbuhan tak indah la jadinya.
2. Setiap kali siraman dibuat, medium akan menjadi mendap ke bawah kan? Jadi, kubis ni special sikit. Kena kambus balik supaya pokok tak menjadi jinjang sehingga nampak batangnya. Tutup balik batang dengan tanah, boleh tambah tanah baru atau yang sedia ada dalam bekas.
3. Seminggu sekali saya akan semburkan Bio Booster untuk tingkatkan lagi kesuburan daun dan pertumbuhan yang baik.
4. Pastikan dapat cahaya matahari direct, insha Allah membulat kubis anda tu.
Kawalan serangga
1. Untuk serangga seperti ulat daun, belalang dan lain-lain, saya gunakan strex sahaja. Sangat membantu.
2. Seminggu sekali saya akan selangkan juga dengan cuka kayu. Cuka kayu boleh kita bancuh, siram pada medium untuk elakkan kulat terutama musim hujan yang kerap.
Tuaian
Dari semai biji benih, saya mengambil masa selama 3 bulan sebelum harvest.
Jom jadikan kubis sebagai landskap rumah. Itu saja, share jika bermanfaat!
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...