DIY Meja Konsol Paling Mudah & Murah, Beli Barang Di Shopee. Dah Sampai Skru Saja, Modal Tak Sampai RM50

Share

Meja konsol banyak kegunaannya di rumah, bukan untuk hiasan saja tapi untuk letak barang-barang juga.

Memang ada saja dijual di kedai perabot atau kedai online malah dengan harga RM100  dah boleh dapat yang cantik-cantik jugak.

Cuma kalau suka bertukang dan nak lebih jimat boleh saja buat sendiri macam yang dikongsi oleh Amir Hazwan Saad.

Menggunakan kayu siap potong yang dibeli di Shopee cara dia menghasilkan meja ini cukup mudah. Cuma perlu sambung dan skru saja semua barang ini.

DIY console table paling senang

  1. Tukang buat console table… Kaki meja guna kayu meranti 1″x2″ beli kat Shopee. Ukur siap-siap minta seller potong. Ini link Shopee
    kalau nak beli.

2. Table top guna kayu pine untuk shelf, beli di Shopee (link)  jugak.

3. Bila sampai semua barang, tinggal skru saja.

4. Tambah kayu 1″ kecik untuk buat cross bracing bagi lebih kukuh.

Kemudian boleh letakkan papan pine dan skru.

Disebabkan warna kayu meranti tak cun, aku cat putih. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber:Amir Hazwan Saad.

Nak beli meja konsol bawah RM100 pun ada juga. Boleh tengok di SINI

 

Published by
VK