Bila ada anak sekolah di rumah memang jadi keperluan untuk ibu bapa mengadakan meja belajar mereka selain rak buku. Memang banyak dijual di kedai perabot tapi mungkin saiznya tak praktikal jika kediaman atau bilik anak keluasannya terhad.

Kenalah cari meja yang kecil. Atau pun… kita boleh juga DIY ikut idea yang dikongsi oleh Yuzi Azwa Yaamat. Meja belajar untuk anak hasil kerja tangan suaminya ini memang jimat ruang kerana dilekatkan pada dinding dan boleh lipat jika tidak lagi digunakan.

Ia juga lengkap dengan rak untuk meletakkan buku. Praktikal untuk kediaman atau bilik yang kecil. Boleh ambil idea ini ya.

Meja belajar anak boleh lipat

Kasih seorang ayah. Buat tiap petang hingga lewat malam lepas balik kerja. 2 minggu jugak baru siap. Buah tangan pertama bertukang. Sebelum itu boleh kata saban hari kurier datang rumah hantar barang (alatan nak bertukang). Alhamdulillah. Dah siap meja belajar geng anak perempuan.

DIY Meja Study Anak Lekat Pada Dinding. Lepas Pakai Boleh Lipat, Jimat Ruang!

IKLAN

Kayu – jenis plywood saiz 18mm
Cat – Dulux White Glossy

DIY Meja Study Anak Lekat Pada Dinding. Lepas Pakai Boleh Lipat, Jimat Ruang!

Door Lift Peumatic Support Hydraulic Gas Spring Stay Kitchen Cabinet/wardrobe untuk lipat meja. Klik SINI untuk beli.

DIY Meja Study Anak Lekat Pada Dinding. Lepas Pakai Boleh Lipat, Jimat Ruang!

IKLAN

 

DIY Meja Study Anak Lekat Pada Dinding. Lepas Pakai Boleh Lipat, Jimat Ruang!

 

IKLAN

Nampak kemas bila dah lipat.

DIY Meja Study Anak Lekat Pada Dinding. Lepas Pakai Boleh Lipat, Jimat Ruang!

Menarikkan idea ni, boleh cuba buat sendiri ya.

 

Sumber: Yuzi Azwa Yaamat.

Selain itu:  Ramas Sotong Dengan Garam Sampai Berbuih Sebelum Masak, Teknik Sotong Kekal Pejal & Tak Berair Cara Nelayan Korea
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI