Bila ada anak sekolah di rumah memang jadi keperluan untuk ibu bapa mengadakan meja belajar mereka selain rak buku. Memang banyak dijual di kedai perabot tapi mungkin saiznya tak praktikal jika kediaman atau bilik anak keluasannya terhad.
Kenalah cari meja yang kecil. Atau pun… kita boleh juga DIY ikut idea yang dikongsi oleh Yuzi Azwa Yaamat.
Meja belajar untuk anak hasil kerja tangan suaminya ini memang jimat ruang kerana dilekatkan pada dinding dan boleh lipat jika tidak lagi digunakan.Ia juga lengkap dengan rak untuk meletakkan buku. Praktikal untuk kediaman atau bilik yang kecil. Boleh ambil idea ini ya.
Kasih seorang ayah. Buat tiap petang hingga lewat malam lepas balik kerja. 2 minggu jugak baru siap. Buah tangan pertama bertukang. Sebelum itu boleh kata saban hari kurier datang rumah hantar barang (alatan nak bertukang). Alhamdulillah. Dah siap meja belajar geng anak perempuan.
Kayu – jenis plywood saiz 18mm
Cat – Dulux White Glossy
Door Lift Peumatic Support Hydraulic Gas Spring Stay Kitchen Cabinet/wardrobe untuk lipat meja. Klik SINI untuk beli.
Nampak kemas bila dah lipat.
Menarikkan idea ni, boleh cuba buat sendiri ya.
Sumber: Yuzi Azwa Yaamat.