Ramai ibu bapa kini yang risau untuk melepaskan anak-anak keluar bermain di luar rumah. Bukan saja bimbang penularan Covid-19 tapi juga risau tentang jenaya yang boleh terjadi. Jadinya seharian mereka akan duduk dalam rumah.
Tak dinafikan anak kebosanan. Jadi ibu bapa mungkin kena ada usaha untuk memberi kecerian pada anak yang terkurung dalam rumah.
Salah satu yang boleh dilakukan adalah mengadakan mini playground. Boleh ambil sedikit ruang di luar rumah untuk anak bermain dan berpeluh seperti yang dilakukan oleh Amalina Sapari.
Bagi yang berminat nak buat, boleh jadikan perkongsian beliau sebagai panduan.
Just sharing our mini playground. Saya share gambar before after. Asalnya luar rumah fully tiles. Kami gunakan artificial grass/rumput tiruan. Memang terbaik!
Untuk lantai kami guna 40mm extra uv protection. Memang sesuai untuk outdoor. Rumput tebal lembut sedap dipijak. Untuk dinding kami guna 10mm. Just nice untuk grass wall.
Jadi la playground comel untuk anak-anak bermain musim PKP ini.
Ini gambar sebelum projek DIY
Sedikit info tentang artificial grass yang saya guna, rumput tiruan Aqsa adalah kalis air, sama sekali tidak menyerap air atau menyebabkan air bertakung dan direka khas berliang supaya air boleh mengalir secara langsung melalui permukaan rumput sintetik dan terus ke permukaan yang berada di bawahnya.
Untuk outdoor carpet, boleh untuk digunakan untuk kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan diluar rumah. Mempunyai UV Protection yang lebih tahan. Klik SINI
untuk link rumput tiruan.Dah siap pasang rumput tiruan boleh beli mainan anak yang bersesuaian. Disertakan link untuk mudahkan rujukan.
-Trampolin (klik SINI untuk link)
-Playhouse (klik SINI untuk link)
-Buaian dan gelongsor ( klik SINI untuk link)
Semoga bermanfaat.
Sumber: Amalina Sapari.