Table top dapur tanpa kabinet di bawahnya memang akan kelihatan tak kemas dah dipenuhi dengan barang-barang. Sebab itu ramai yang akan letak langsir untuk menutupnya.
Tapi daripada buat langsir lebih baik buat terus pintu kabinet. Sebab ada cara mudah nak buat pintu ini. Tak perlu susah dril atau gergaji, cuma tampal guna gam saja. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Puan Ema ini.
DIY pintu bawah table top tanpa guna drill
Di sini saya share cara dan barang-barang yang saya gunakan. Mana tahu ada yang nak cuba.
1. Ini keadaan dapur sebelum.
2. Saya pasang wallpaper bahagian atas. Dekat bawah table top tu dah siap pasang rail. Tak perlu drill. Guna gam saja.
3. Ini barang yang saya guna. Gam saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Gam kena tunggu satu hari baru kering dan kuat.
4. Ini rail yang saya gunakan, untuk letak roda. Rail dengan roda beli di Shopee. (klik SINI untuk link). Roda muat -muat untuk plywood tebal 5mm.
5. Papan plywood yang dah siap ditampal guna wallpaper, ini bukan wallpaper biasa tampal pada dinding tu ya. Plywood saya order kat Shopee, ukur siap-siap dan minta seller potong ikut ukuran yang diberi. Klik SINI untuk link.
6. Siap rail dan gam roller pada plywood bolehlah pasang bawah table top.
7. Letak pemegang pintu untuk mudah buka dan tutup (tampal saja). Inilah hasilnya.
Pokok cili antara yang biasa ditanam di rumah. Tapi hasilnya bergantung pada cara penjagaan dan kaedah penanaman yang kita guna.
Supaya pokok cili yang ditanam di rumah subur dan berhasil ini kaedah penanaman cili yang betul untuk kita praktikkan.
1. Pilih kawasan yang sesuai
Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah. Jika kawasan redup akan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
2. Jenis tanah
Pemilihan medium penanaman cili bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.
Medium untuk pasu
Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.
Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.
Medium tanam terus Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.
3. Alih anak pokok
Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.
4. Waktu mengalih
Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.
5.Siraman
Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.
Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.
6. Sokongan
Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.
7. Baja organik
Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.
Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.
Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.
8.Masalah perosak
Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.
Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.
Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).
Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.
Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.
Popia sira cili ini memang selalu kita beli dan bila dah makan biasanya tak boleh berhenti. Rasa pedas, manis dan rangup itulah yang sedap.
Popia ini boleh sangat kalau nak buat sendiri, cuma kita kena tahu cara nak jadikan ia rangup dan tahan lama. Dikongsi oleh peniaga popia sira sendiri iaitu Siti Mariam ini rahsia yang dikongsi.
Rahsia popia sira cili makin sedap lebih rangup & tahan lama
Nak resipi supaya popia sira rangup dan tahan lama. Tiada rahsia, ini kita bagi ikhlas.
Ok saya kongsikan resipi popia sira cili.
Sediakankan 1 paket kulit popia. Gulung dan hujungnya letak bancuhan tepung gandum, air dan garam supaya tidak terlerai.
2. Selepas gulung, potong atau gunting secara menyerong. Kemudian boleh goreng hingga garing. Toskan.
3. Sediakan bahan sira, kisar cili kering, bawang putih, dan bawang merah. Ambil dalam 2 senduk dan tumiskan dalam minyak yang dipanaskan.
4. Bila dah naik bau masukkan garam, asam jawa, serbuk perasa dan gula dalam 2 senduk. Tumis sampai sambal betul-betul kering dan pekat.
5. Selepas itu masukkan popia goreng tadi, gaul rata hingga sambal meliputi semua popia. Tabur bijan dan gaul lagi. Kemudian tutup api.
6. Supaya popia sira cili ini tahan lama dan lagi rangup masukkan dalam oven. Bakar selama 20 minit pada suhu 170 darjah Selsius.
7. Sejukkan dan boleh simpan dalam bekas yang sesuai.
Selain kukus, kuih pau juga boleh digoreng dan pau goreng ini juga ramai peminatnya. Intinya boleh pelbagai, sama macam pau kukus juga. Malah rasanya lagi sedap.
Pau goreng ini lagi nikmat dimakan kalau lembut dan gebu. Untuk dapat hasil pau yang begini ada caranya. Dikongsi oleh Ida Zaida, ini cara buat pau goreng yang lembut dan mudah kembang. Untuk pau goreng ini, intinya kacang merah.
Cara buat pau goreng inti kacang merah yang lembut
Buat pau goreng kacang merah, memang lembut elok. Adun guna mixer saja, sekejap dah kembang. Bagi yang nak resepi saya sertakan.
Bahan A
• 1 paket yis kering mauripan
• 2 sudu besar susu pekat
• Anggaran 1 cawan air suam
• 2 sudu gula
(Campur semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)
Bahan B
• 4 cawan tepung gandum
• 2 sudu besar marjerin
• 2 sudu teh baking powder
• 1 sudu teh garam
(Ramas semua bahan hingga jadi seperti serbuk roti)
Bahan C
• Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk
Bahan Inti
Pes inti kacang merah
Cara membuat:
1. Campurkan bahan A, B dan C kemudian adun guna mixer atau pun uli.
2. Kemudian perap sekejap bagi kembang. Selepas itu pastu tumbuk doh yang kembang tadi untuk buang angin.
3. Selepas itu boleh bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah (inti kacang merah ini boleh beli yang siap di bakeri atau online (klik SINI).
4. Agak-agak doh mengembang hampir 2 kali ganda saiz asal boleh mula menggoreng dengan api sederhana. Tapi pastikan minyak betul-betul panas.
Nak buat inti selain kacang merah pun boleh juga.
INFO: Pau goreng ini juga boleh di frozen. Caranya sewaktu menggoreng, goreng suku masak saja. Kemudian angkat dan biar sejuk. Lepas itu boleh dipek dan simpan dalam bahagian sejuk beku peti ais.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...