DIY Mudah Pintu Bawah Table Top Dapur, Tak Perlu Guna Langsir. Lagi Kemas

Share

Table top dapur tanpa kabinet di bawahnya memang akan kelihatan tak kemas dah dipenuhi dengan barang-barang. Sebab itu ramai yang akan letak langsir untuk menutupnya.

Tapi daripada buat langsir lebih baik buat terus pintu kabinet. Sebab ada cara mudah nak buat pintu ini. Tak perlu susah dril atau gergaji, cuma tampal guna gam saja. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Puan Ema

ini.

DIY pintu bawah table top tanpa guna drill

Di sini saya share cara dan barang-barang yang saya gunakan. Mana tahu ada yang nak cuba.

1. Ini keadaan dapur sebelum.

2. Saya pasang wallpaper bahagian atas. Dekat bawah table top tu dah siap pasang rail. Tak perlu drill. Guna gam saja.

3. Ini barang yang saya guna. Gam saya guna untuk lekatkan rail pada bawah table top. Gam kena tunggu satu hari baru kering dan kuat.

4. Ini rail yang saya gunakan, untuk letak roda. Rail dengan roda beli di Shopee. (klik SINI untuk link). Roda muat -muat untuk plywood tebal 5mm.

5. Papan plywood yang dah siap ditampal guna wallpaper, ini bukan wallpaper biasa tampal pada dinding tu ya. Plywood saya order kat Shopee, ukur siap-siap dan minta seller potong ikut ukuran yang diberi. Klik SINI
untuk link.

6. Siap rail dan gam roller pada plywood bolehlah pasang bawah table top.

7. Letak pemegang pintu untuk mudah buka dan tutup (tampal saja). Inilah hasilnya.

Selamat mencuba.

Sumber: Puan Ema

Published by
VK