DIY Mudah Storage Bench, Boleh Jadi Tempat Duduk & Simpan Barang. Beli Plywood Siap Potong, Tinggal Pasang Saja

Share

Tempat duduk sekali dengan tempat simpan barang, macam ni kan senang. Perabot macam ni praktikal sangat untuk rumah yang kecil atau keluasan terhad.

Memang ada ottoman atau storage bench macam ni yang dijual tapi kita juga boleh buat sendiri. Kelebihan kalau buat sendiri, saiz boleh ikut kesesuaian rumah kita. Cara nak buat pun sebenarnya tak susah, level akak-anak atau makcik-makcik pun boleh buat.

Buktinya DIY storage bench ini dihasilkan oleh Siti Nor Mohamed. Caranya pun disertakan.

DIY storage bench meja makan

Dah lama mengidam nak ada tempat makan macam ni kat rumah. Tapi belum sampai seru nak buat. So, memandangkan nak raya, Mokcik usahakan jugak la buat sebelum Ramadhan ritu. Bulan puasa nak buat nanti tak larat nak bertukang.

Kali ni Mokcik order 2 keping plywood 18mm dan suruh kilang potong siap-siap ikut lebar. So, Mokcik hanya tinggal potong ikut panjang je la. Kurang la sikit kerja memotong kayu kat depan rumah nanti.

Inilah plywood yang dah siap dipotong dan dihantar oleh kilang. Sangat tepat potongan dia. Rubberwood (20mm) belakang tu lebihan buat ALMEJA dulu.

Mokcik wasap orang kilang plywood tu suh dia potong ikut macam dalam gambar di bawah. Takde la beritahu utk depan ke belakang. Kat rumah baru potong untuk side kiri kanan. Dari potongan 42.5cm tu.

Ini hasil potongan rangka bench tu. Ada 5 keping utk setiap satu bench. Penutup dia belum potong masa ni.

Cara pasang bench ni mudah sangat. Macam buat kotak saja, dalam tu boleh simpan macam-macam.

Ini lah rupa dia bila dibukak. Kayu penutup tu agak berat, lebih kurang 10kg.
So, tak boleh ikut instruction cara pasang yang diberikan. Kena pasang gas spring tu lebih menegak. Baru la dia lebih ringan dan lebih lembut bila diturunkan.

Ini yang dah siap. Satu bench tu mokcik simpan kerusi makan yang boleh lipat. Satu lagi tu masih kosong, tak tau lagi nak letak apa. Nak menyorok dalam tu pon boleh gak.

Untuk cat yang putih pakai 2 lapisan jotun majestic primer dan 2 lapisan Jotun majestic white silky matt. Bahagian penutup pakai Nippon hydro wood warna teak.

Sudikanlah menonton dan tengok macam mana Mokcik buat storage bench ni ya.
https://youtu.be/z5poae88GnU

Semoga bermanfaat

Sumber: Siti Nor Mohamed

 

Published by
VK