Bagi yang suka kediaman nampak kemas, wayar tv yang nampak berserabut akan menyakitkan mata.
Deko rumah dah cantik tapi spoil bila tengok wayar yang berselirat itu.
Bagi yang sedang cari cara nak selesaikannya mungkin boleh ambil idea dari Mazlan Nurul ini.
DIY TV panel, tujuan utama sorok wayar berselirat
Saya nak share DIY Wall TV Panel. Kebetulan ada kayu dan papan lama kita buat laa tv panel. Barang-barang untuk projek ni banyak yang kami pakai barang terpakai saja. Tujuan utama design ni, nak sorok wayar-wayar yg bersirat-birat dan menjimatkan ruang. Cara-cara sila rujuk gambar ya.
1. Ini plan dan ukuran yang di buat untuk tv panel. Ada 3 lubang kecil, untuk masuk wayar dan 2 suis.
2. Bahan-bahan yang diperlukan
Seperti dalam gambar
Tambahan
Ads
– Papan – Shelving unit IKEA Lack (existing) – Kayu – Cat ( Ascort Blue) sama je mcm dinding -Spray paint – sbb ikea lack warna hitam. -Kertas pasir (240 dan 120)
3. Mula-mula buat frame dulu, supaya bila tampal kat dinding lurus dan ukuran tak lari.
4. Tampalkan frame ini pada dinding. Pakai gam kayu saja. Dinding rumah ni tak rata, ada bahagian frame yang tak lekat kat dinding. Jadi potong kayu kecik-kecik dan letak sebagai sokongan antara kayu dan dinding.
5. Papan bawah tebuk lubang untuk masukan TV dan untuk rak. Tebuk ni pakai pisau je sebab pakai gergaji susah nak potong.
Ads
6. Papan atas tebuk 3 lubang, untuk keluarkan wayar dan juga dua plug suis( lubang satu lagi takde gambar, tapi tebuk kecil saja, muat-muat wayar masuk).
7. Untuk lekatkan papan pada frame kayu, kami pilih untuk pakai skru(pakai skru sebab incase ada problem dekat barang electrical boleh bukak balik papan ni, kalau gam rosak nak bukak).
8. Untuk kerja finishing
Papan yang kami ada memang buruk dan banyak lubang, jadi pakai wood filler untuk menutup segala lubang yang ada. Bekas skru pun tampal jugak.
Ads
Untuk sambungan papan atas dan papan bawah pun pakai wood filler untuk tutup gap, lepas dah kering gosok pakai kertas pasir. Tempek lagi wood filler sampai papan rasa licin bila pegang.
9. Antara dinding dan kayu pun ada ruang, kita letak latex sealant supaya nampak kemas. -Gosok pakai kertas pasir, mula dengan yang kasar (120) kemudian halus (240). Kena licin, baru cantik bila cat. Bila dah licin, sapu habuk bersih-bersih dan lap.
Nampak kelibat tikus dalam rumah kita memang akan mula risau. Kalau dah ada seekor tak lama lagi memang akan membiak. Kena setelkan cepat.
Memang ada cara mudah guna racun tapi kita pula rasa tak selamat. Tambahan pula kalau tikus mati akan berbau busuk jika tak jumpa bangkainya.
Ada juga yang cadang cara guna daun kari, daun pandan atau daun sirih tapi tak jalan.
Jika langkah di atas dah dicuba, mungkin boleh mempraktikkan cara guna kulit telur dan lada hitam pula untuk hindar haiwan ini dari masuk rumah. Caranya mudah dan murah juga.
Guna kulit telur
Caranya:
1. Basuh dan keringkan kulit telur.
2. Tumbuk atau kisar halus menjadi serbuk.
3. Tabur di penjuru dan sekitar rumah.
4. Selebihnya simpan dalam botol.
Cara ini bukan hanya tikus, malah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun tiada.
Tabur lada hitam
Kenal pasti laluan haiwan ini dan tabur saja lada hitam atau serbuk lada hitam di luar kawasan lubang tikus. Cara ini boleh membuatkan hidung tikus terganggu dan membuatkan haiwan ini menjauhi kawasan tersebut.
Teringin nak tanam pokok kacang panjang, kelisa, timun, peria, petola. Masalahnya tanaman menjalar begini perlu ruang banyak.
Tapi bagi yang nak juga cuba tanam di rumah yang kawasan tak luas, boleh guna cara yang dikongsi oleh Ammu Man.
Menggunakan tong sampah dan batang paip sebagai bekas tanaman, ia digunakan untuk menanam anggur namun katanya cara ini juga sesuai untuk jenis tanaman menjalar.
Cara tanam pokok menjalar dalam tong sampah
Barang diperlukan:
Tong sampah
Batang paip putih (jenis yang selalu diguna untuk buat wiring) atau batang paip 1/2 inci( pilih yang mana rasa sesuai)
Cable tie
Dawai(beli di hardware timbang kilo (saya beli untuk pagar chain link jadi agak tebal)
Drill untuk tebuk lubang
Kenapa pilih tong sampah?
Sebab saiznya yang sesuai, harga pun murah RM13 saja, tahan lasak dan mudah pengurusan. Ada pemegang bahagian tepi, mudah nak angkut letak di mana-mana pun boleh. Jika pecah kita beli baru lapis saja.
Cara membuat
1. Tebuk lubang bawah untuk buang air lebih. Saya tebuk juga tepi untuk ikat batang PVC.
2. Ikat batang paip dengan cable tie atas dan bawah.
3. Sediakan dawai, potong dan buat bentuk bulat. Supaya dawai tak melurut, tebuk lubang batang paip ikat dengan cable tie. Siap!
4. Dah boleh letak media. Ini untuk tanam anggur biasanya saya guna Topsoil+ sekam bakar+sekam mentah+ baja organik( najis kambing dan sewaktu dengn organik. Jika nak ringan banyakkan sekam tapi medium akan cepat kering, jadi boleh tambah cocopeat sikit untuk bagi kelembapan lebih lama. Nisbah asas 2:1:1 atau ikut cita rasa.
Ini pokok anggur dan markisa yang ditanam guna kaedah ini, boleh guna untuk tanam pokok sayur jenis menjalar guna.
Minat sangat menanam sayur tapi tiada ruang untuk bercucuk tanam. Ini selalunya dilema mereka yang tinggal di apartmen, flat atau rumah yang tiada ruang untuk berkebun.
Tapi idea perkongsian Yuziyana Yusop membolehkan anda meneruskan minat bercucuk tanam ini.
Dia berkongsi cara menanam kangkung menggunakan mangkuk penapis yang dipraktikkannya.
Bukan saja kangkung tapi cara ini juga boleh digunakan untuk menanam kesum, bayam, salad, sawi, pegaga, selom, kailan oregano, pudina, bayam brazil dan banyak lagi.
Langkahnya boleh ikut cara ini ya:
1. Ambil benih kangkung dan rendam selama 24 jam. Boleh dibeli di kedai menjual benih atau baja.
2. Letak tapis atas baldi kecil
3. Tuang sabut kelapa hancur atau cocopeat dalam tapis.
4. Taburkan benih kangkung yang direndam sebelum ini.
5. Selepas itu tutupkan benih dengan selapis nipis cocopeat lembap.
6. Kemudian tutup benih selama dua hari.
7. Bila sudah bercambah seperti dalam gambar bolehlah letakkan air baja dan terus dedah kepada cahaya matahari.