Tempat untuk meletakkan stok bahan makanan di dapur memang cukup penting. Kena ada tak kiralah dapur kecil atau besar.
Jika tiada, memang berserabut dapur dibuatnya. Bagi yang punya dapur dengan keluasan terhad idea daripada Nur Amani Abd Rani boleh dijadikan panduan untuk mengadakan pantri ini. Hanya menggunakan dua buah rak, dan juga bekas bekas untuk meletakkan bahan makanan, pantri kecil miliknya cukup kemas dan praktikal.
DIY My Small Pantry!
PKP nak panggil tukang tak boleh, godek-godek Pinterest dapat idea guna rak Ikea saja. Jimat terokkkk.
So jadi la my small pantry area. Hari-hari kelebek ni pun dah happy. Sis suka organize barang ni, tak tidur pun tak mengapa.
Guna 2 buah rak ini saja.
Ads
Beli siap-siap bekas, balang, raga untuk letak stok barang.
Hasilnya
Bila dah letak bahan dalam bekas, barulah nampak kemas.
Ads
Bagi yang nak cuba buat barang-barang boleh beli sini.
Kerang, lala, kepah memang sedap dimakan tapi masalah kekotoran dan pasir buat ramai yang jadi tak rajin nak memasaknya. Selain itu bila dah masak ada juga kerang dan lala susah nak dibuka.
Sebenarnya ada cara mudah untuk selesaikan masalah ini. Jika nak masak kerang, lala, kepah dan hidangan bercengkerang seperti ini praktikkan petua yang dikongsi di bawah.
Insya-Allah pasir dari lauk cengkerang ini akan keluar dan terbuka bila dimasak. Jadi taklah susah untuk dikupas.
Tip kerang bersih dan mudah terbuka
Cara mudah nak bersihkan kerang guna tepung dan lada kering. Caranya;
Jika kerang masih ada selut, bersihkan dulu.
Kemudian rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Cara ini kerang akan terbuka keluarkan kotoran yang ada di dalamnya dengan sendiri.
Jika nak merebus kerang, didihkan dulu air bersama serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam. Selepas mendidih baru masukkan kerang.
Insya-Allah cantik kejadiannya, kerang mudah terbuka.
Kredit Fariza Basar
Bersihkan lala
Jika nak masak lala, kepah dan lauk lebih kurang dengannya, rendam dahulu dengan cili kering yang dipotong atau cili burung/padi. Selepas direndam semua pasir yang melekat di dalamnya keluar habis.
Kredit Azmira Ismail
Guna garam pun boleh
Selain cara di atas boleh juga rendam kerang atau lala menggunakan air dicampur dengan garam. Cara ini juga menyebabkan hidangan laut ini memuntahkan pasir dan kotoran dari dalam dan seterusnya memudahkan kerja membersih.
Kalau dalam famili ramai yang suka makan ulam selom, eloklah belajar tanam sendiri.
Tak perlu susah cari pasu, jika di rumah ada kotak polesterin ini pun boleh tanam. Lagi merimbun! Caranya dikongsi oleh Ibrisam Wossali.
Tanam pokok selom dalam kotak polisterin
Saya kongsi cara tanam pokok selom dalam polisterin. Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tanam pokok kesom. Sebab kedua jenis pokok ini suka pada keadaan tanah yang lembap dan berair.
1. Kotak polisterin
Kotak polisterin mestilah dalam keadaan baik dan tidak rosak. Pada bahagian dasar polisterin tidak perlu buat lubang. Buat lubang pada bahagian sisi saja iaitu lebih kurang sejengkal dari aras tanah.
Bila isi tanah nanti mestilah paras tanah melebihi dari paras lubang. Ini bertujuan agar tidak ada air bertakung di dalam polisterin tersebut. Nyamuk pun tidak dapat bertelur di situ.
2. Penyediaan tanah
Saya guna tanah bakar atau hitam + tahi kambing/tahi ayam + pasir ( nisbah 3:2:1 )
Gaul rata kemudian masukkan ke dalam polisterin. Siram air sehingga paras lubang yang dibuat tadi. Biarkan selama seminggu.
3. Penyediaan keratan batang selom
Pada setiap keratan batang selom sekurang-kurangnya ada 3-4 ruas mata tunas.
Rendam keratan batang selom sehingga berakar. Saya lebih suka biarkan rendaman keratan selom selama 3 minggu. Pada masa ini akarnya dah panjang sikit. Nak rendam seminggu pun boleh juga tapi akar masih pendek lagi.
Dalam masa 3 minggu merendam keratan tersebut, kena rajin selalu tukar air rendaman untuk mengelakkan keratan menjadi busuk, rosak dan air menjadi masam.
Ketika tanam keratan selom ini, pastikan 1-2 ruas mata tunas tertanam dalam tanah. Pada ruas tersebut ada akar pokok.
Selepas tanam dalam masa dua minggu pertama kena siram 2 kali sehari. Ini juga penting untuk pertumbuhan akar pokok yang masih baru.
Ini pokok yang ditanam pertengahan Mei lalu
Ini keadaannya pada 27 Jun lalu, merimbun
4. Pembajaan
Saya mula beri baja pertama bila usia pokok selom sebulan. Saya beri baja kopi. Selang beberapa hari kemudian beri baja AB pula.
Selamat mencuba. Ini adalah cara saya. Orang lain ada caranya tersendiri. Yang paling penting pokok yang kita tanam hidup dan dapat merasa hasilnya.
Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.
Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.
Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas
Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk anda jimatkan masa membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah. Jom tengok.
Tip1: 5 minit setiap hari
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam
Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus
Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...