DIY Pasang Partition Untuk Sorok Dapur Guna Besi C & Gypsum Board. Tak Perlu Naik Dinding Konkrit

Share

Satu masalah kediaman kita, kebanyakannya dapur akan nampak terus dari ruang tamu. Kadang-kadang tetamu datang nampak dapur yang tak sempat kemas.

Jadi seeloknya bahagian dapur ini kita tutup sikit. Tak perlu naik dinding konkrit pun, ada cara yang lebih mudah dan boleh kita buat sendiri.

Antaranya idea dari Mohd Azuan MD Turian. Beliau menutup pandangan ruang dapur dengan memasang sendiri partition menggunakan besi C dan pintu barndoor yang menarik. Langkah DIY turut beliau kongsi.

DIY pasang partition untuk sorok dapur

Projek diy bulan Ramadan, pasang partition, wainscoating & barndoor. Boleh la sorok dapur yang bersepah tu.

1. Rangka partition guna besi C
Guna tapping screw setengah inci. Untuk bahagian bawah, tebuk lubang screw lantai tile. Set drill dulu sebab tile mudah pecah

2. Dinding guna gypsum board dan kayu untuk railing pintu.
Kayu dipotong ikut ukuran antara besi. Tujuan pasang kayu adalah untuk menguatkan pemasangan skru railing pada dinding agar lebih kukuh. Jika tiada kayu skru susah nak ikat & tak selamat.

3. Siap pasang railing dan pintu.
Paling menguji kesabaran untuk bab adjust pintu & railing. Pintu custom made dengan tukang kayu, harga antara RM700-RM800. Bawah pintu ada track untuk elak pintu goyang. Besi barn door boleh beli di Shopee.

4. Sambung wainscoating. Siap

Shopee link:
Besi C Chanel
Gypsium board 
Barndoor wheel

Semoga bermanfaat

Sumber: Mohd Azuan MD Turian

Published by
VK