Keadaan cuaca negara kita yang selalu panas elok kiranya kalau pasang tinted pada cermin rumah terutama sliding door.
Bukan saja untuk elak panas dan silau saja tapi yang lebih penting untuk jaga privacy dan aurat penghuni rumah. Takdelah bila selak langsir nampak dari luar suasana dalam rumah.
Menariknya, kita boleh pasang sendiri tinted ini di rumah. Boleh jimat banyak, daripada upah orang untuk menyiapkannya.
Apa yang diperlukan cuma beli sendiri stiker tinted ini dan didatangkan sekali dengan kit pemasangan. Selebihnya ikut langkah yang dikongsi oleh Zulfikri Zainol.
DIY pasang tinted sliding door
Sebelum pasang tinted
Survey tanya orang nak upah pasang tinted ini katanya makan kos RM1K lebih. Alang-alang ada masa terluang kita pasang sendiri saja.
Kos pasang sendiri
Sticker tinted 5ft x 50ft – RM210 – boleh beli di Shopee. Siap dapat kit pemasangan.
Jimat lebih kurang RM800.
1. Cuci cermin bersih, buang atau kikis bendasing yang melekat pada cermin sliding.
2. Sembur sabun tinted pada cermin (sabun ada diberi sekali dengan set tinted).
Ads
3. Potong ikut saiz cermin, buka lapisan nipis tinted (ini paling mencabar. Tutup kipas untuk elak ia berterbangan melekat pada benda lain) dan spray lagi sabun atas permukaan yg melekat tu.
4. Lekat dan adjust tinted atas cermin. Selagi sabun ada masih boleh ejas lagi kedudukan dia.
5. Tarik keluar buih sabun dan gelembung udara guna scraper (diberi sekali set tinted)
6. Potong lebihan tinted dibingkai cermin. Kalau boleh buka getah tepi cermin lagi senang. Tolak masuk kemudian pasang balik getah. Tak perlu potong dah. Siap!
Ads
Kaedah sama juga guna untuk pasang tinted pada tingkap rumah.
Hampir setiap bulan akan ada sale di Shopee. Elok kalau kita ambil kesempatan ini beli barang-barang yang memudahkan kita di rumah. Murah pun murah.
Daripada beli barang entah apa apa kan, boleh ikut cadangan daripada Peah Ismail. Barang barang ini boleh membantu rumah jadi lebih kemas dan juga memudahkan kerja di rumah
Bila tengok rumah kawan, saudara yang kemas setiap hari kita tertanya-tanya macam mana diaorang buat. Walhal mereka ada anak dan bekerja juga. Hari-hari mengemas ke?
Sebenarnya untuk pastikan keadaan rumah kita, memang ada kerja-kerja rumah yang kita kena buat setiap hari untuk memastikan kekemasan dan kebersihan terjaga.
Sebagai panduan senarainya dikongsi oleh Anis Syuhada. Senarai ini menurut beliau adalah pesanan dari ibunya yang dipraktik sejak kecil hingga kini bagi memastikan keadaan rumah kemas dan bersih.
Pesan mak supaya rumah kemas & bersih sentiasa
Menjadi rutin Anis dari kecik lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat.
Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak. Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu saja sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada atau tidak sampah.
2. Sambil sapu tu kaih sekali sawang. Jangan menyapu macam orang tak dak mata atau tak dak tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).
3. Lapik kaki luar atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keras melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4. Kabinet kasut kena susun, jangan la selipar tinggal sebelah pun simpan, yang putus pun simpan. Sayang kena bertempat. Tapak kasut tu ketuk dulu jangan berselut terus susun.
5. Tong sampah cuci, yang ada depan rumah kalau tak cuci mengaum baunya. Selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datag kutip sampah.
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”.
Mak kami sangat utamakan kebersihan, kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau cakap “kejap lagi buat la” maka kita akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ‘takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv”. Elok je dia cakap tapi kita akan rasa berdosa seumur hidup🤣🤣.
7. Selepas masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab meminyak. Takde dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin. putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning ke kena bersih.
8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.
Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan letak kat lantai nanti bulu penyapu melentik bengkok.
Rumah mahal, barang cantik tapi kotor…
Tapi kan betul la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih, barang lama pun tak mengapa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab itu bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Hari-hari ke buat semua kerja ni?
Ada juga yang tanya pukul berapa bangun nak buat semua kerja ni? Buat semua ini sambil-sambil bukan hari-hari wajib buat. Kalau dah biasa, jadi habit tak perlu bangun awal pun sebab rumah memng dah kemas.
Contohnya lepas masak cuci singki, tak sampai 10 minit siap, lepas sampah lori collect seminggu sekali cuci tong sampah bukan hari-hari kena bangun awal cuci pun.
Tengok gambar pun kita dah tahu sedap. Bestnya menu ini kita boleh makan waktu pagi, tengah hari, petang atau malam. Bila-bila saja.
Sebab tu kena belajar buat resipi ini dan resipi mee goreng basah dari Ida Roslida antara yang banyak dikongsi dan dipuji sedap.
Paling menarik, tak letak garam, gula atau serbuk perasa pun tapi tetap sedap dan lengkap rasanya.
Mi goreng basah stail Cik Ida
Bahan- bahan :
1 bungkus mi kuning -dibilas dan tos
10 ekor sotong – dibersihkan potong dan tos
1 paket fish ball – dibersihkan, potong dan tos
1 ikat sawi jepun – dibersihkan potong dan tos
1 biji tomato -dibersihkan dan dibelah 6
4 sudu besar Cili kisar
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mee
1 cawan kecil air putih
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan tumbuk:
Cili api 10 biji
Bawang putih 3 ulas
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat
Cara membuat:
1. Panaskan kuali masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.
4. Masak dan kacau bagi sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi kemudian masukkan mee kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap!
Info: Masak mee goreng basah stail Cik Ida ni tak pakai garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap itu semua dah cukup.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...