Selalu di halaman rumah mesti ada rumput liar yang tumbuh celah rekahan simen atau celah bata. Malah tepi-tepi dinding pun ada juga. Kalau kawasannya lembap lagi cepat tumbuh. Walau dah dicabut, sekejap saja akan tumbuh semula.
Bagi mengelakkan rumput liar ‘degil’ ini muncul silih berganti kita boleh saja buat sendiri racun rumput. Hanya bancuh 5 bahan murah yang memang ada di rumah untuk buat racun ini.
Hasilnya 6 hari lepas sembur racun ini, lenyap rumput liar ini. Dah sebulan pun masih clear. Dikongsi oleh Hamidah Saad, ini caranya.
Kalau baru nak mula bercucuk tanam di rumah dan mencari cara yang mudah boleh ikut kaedah yang dikongsi oleh Kamarul Izzudin ini.
Tak perlu beli pasu atau bekas khas, guna besen empat segi pun menjadi. Kaedah tanam terus dalam besen, boleh mulakan dengan sayur bayam.
Sayur yang ditanam dalam besen ini tak perlu alih anak pokok. Biar terus dalam besen, 6 minggu dah boleh kutip hasil.
Tanam bayam dalam besen
Aktiviti petang, tanam bayam lagi. Semalam masuk kedai RM2, beli besen 4 segi, tebuk lubang dah boleh tanam sayur. Lagi 6 minggu boleh dah berkira-kira kutip.
Cara saya;
1. Tanam bayam terus dalam besen empat segi ini.
2. Lepas buat lubang bawah besen, masukkan tanah dan buat jalur/longkang.
3. Tabur biji benih, untuk elak anak benih tumbuh padat boleh gaul dengan pasir dulu. Saya tabur terus sambil gerakkan jari.
4. Siram dan tutup besen dengan kertas kotak. Tujuan tutup untuk kurangkan kadar kehilangan air dari tapak semai, siram juga kotak bagi lembap, biji cepat sikit nak bercambah.
5. Bila anak pokok dah naik tinggi satu jari, tambah sikit tanah lagi kiri kanan.
6. Jalur/ longkang yang ada nanti di situlah kita tabur baja.
Hasilnya…Selain bayar boleh juga tanam kangkung atau sawi ikut cara ini.
Bila berdepan dengan beberapa masalah kesihatan biasanya kita akan mengalami kesukaran untuk tidur.
Tapi hakikatnya jika tahu cara tidur yang betul ia akan membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang kita alami.
Untuk 8 masalah kesihatan ini anda disarankan tidur dalam posisi berikut:
1. Sakit belakang
Sakit belakang memang akan menyebabkan kita tak selesa tidur. Posisi tidur paling baik untuk mereka yang ada masalah ini adalah dengan baring terlentang.
Letakkan bantal kecil pada di bawah lutut dan juga tuala pada bahagian belakang yang melengkung sebagai sokongan untuk mengurangkan tekanan pada bahagian belakang.
2. Masalah sinus
Bagi mereka yang ada masalah alahan, resdung atau selesema waktu tidur mungkin menyebabkan keadaan lebih teruk.
Cara tidur paling baik untuk mereka yang berdepan masalah ini adalah dengan tidur dalam keadaan kepala dan bahu lebih tinggi daripada badan. Posisi ini akan meredakan situasi sinus yang dihadapi.
3. Sakit kepala
Posisi tidur yang tidak betul boleh menyebabkan sakit kepala kerana ia menjerut otot dan juga saraf semasa tidur. Sebaiknya berbaringlah dan letakkan tuala pada kiri dan kanan kepala untuk mengelakkan kepala melentuk.
4. ‘Cramp’ perut akibat PMS
Perut terasa kejang atau cramp adalah masalah biasa bagi wanita dalam haid. Ketika ini adalah disarankan tidur dalam keadaan berbaring. Sambil itu letakkan bantal di bawah lutut untuk mengurangkan tekanan pada bahagian perut dan belakang.
Boleh juga meletakkan tungku panas pada bahagian perut untuk mengurangkan kesakitan dan memberi keselesaan agar mudah untuk tidur.
5. Kurangkan tekanan darah tinggi
Satu kajian di Jepun menyatakan tekanan darah tinggi akan dapat dikurangkan apabila tidur dalam keadaan menelangkup berbanding berbaring.Tapi tidur menelangkup akan menyebabkan sakit belakang, leher, otot dan juga boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Alternatifnya tidur dalam keadaan mengiring ke kanan yang mana akan mengurangkan tekanan pada jantung (sebelah kiri) selain mengurangkan tekanan darah. Posisi tidur mengiring sebelah kanan juga adalah amalan Rasulullah s.a.w atau sunnah selain meletakkan tangan kanan di sebelah pipi kanan.
6. Redakan masalah GERD atau pedih ulu hati
Sekiranya mengalami masalah GERD (gastroesophageal reflux disease), penghadaman atau pedih ulu hati tidur dalam keadaan mengiring sebelah kiri mungkin membantu meredakannya. Posisi ini akan mengurangkan tekanan pada bahagian perut dan juga esophagus.
7. Sakit leher
Tidur dalam keadaan berbaring akan membuatkan bahagian leher lebih selesa. Tidur atas bantal tapi sebelum itu gulung tuala kecil dan letakkan di belakang leher yang melengkung ketika berbaring untuk memastikan tubuh selesa.
8. Lenguh bahu
Jika satu bahagian bahu sakit atau lenguh, jangan menambahkan tekanan pada bahagian tersebut. Tidur mengiring pada bahu sebelah lagi sambil kaki dan tangan dibengkokkan.
Letakkan juga bantal di tengah kaki dan satu lagi di bahagian siku hingga menyentuh dada. Sekiranya kedua belah bahu sakit, baring dengan kedua tangan di lurus di sisi.
Kunyit hidup memang sering kita gunakan dalam masakan, begitu juga dengan daunnya. Berbaloi sangat kalau kita tanam pokok kunyit ini sekitar rumah.
Tak perlu kawasan luas pun, dalam pasu pun boleh. Tapi sebelum tanam pokok kunyit ini cambah dulu benihnya. Cara mudah boleh ikut kaedah yang dikongsi oleh Razak Adom.
Cara menyemai benih kunyit
1. Pilih isi-isi kunyit yang bermata tunas untuk disemai (boleh guna kunyit yang dibeli di kedai runcit atau pasar).
2. Alas bekas dengan 2 lapisan kertas surat khabar.
3. Susun isi kunyit dalam bekas tersebut.
4. Tutup bahagian atas benih dengan 2 lapis surat khabar yang basah.
5. Letak di tempat gelap. Boleh letak dalam almari, kotak atau bungkus dengan kain. Jangan tutup terus nanti benih busuk.
6. Periksa selepsa 2 minggu. Keluarkan benih yang dah bertunas panjang ( lebih 1 1/2 inci), semai dalam polibeg.
7. Tunas yang masih pendek/belum tumbuh, masukkan semula dalam bekas. Basahkan lagi surat khabar penutup. Sambung proses pengeraman.
8. Periksa lagi selepas seminggu. Begitulah seterusnya sehingga semua benih mengeluarkan tunas. Buang benih yang busuk/buruk.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...