Bagi yang duduk rumah ada laman, memang tak lari dari masalah rumput. Sakit mata tengok, baru saja potong dah tumbuh balik.
Takkan asyik nak upah orang potong. Kalau rumah teres yang ada sikit saja tanah lagilah tak berbaloi nak panggil orang potong rumput. Nak sembur racun kimia takut pula maklumlah kat rumah anak anak.
Jadi alternatifnya kita buat racun rumput sendiri. Menariknya cuma pakai 2 bahan saja yang ada saja kat dapur. Boleh ikut perkongsian daripada Muhamad Najib ini.
Cuka masakan mengandungi asid asetik dan ia sangatlah tidak serasi kepada kebanyakan jenis tumbuhan.
Sabun pencuci pinggan ini pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka di sembur melekit elok pada tumbuhan tersebut.
Selepas seminggu semua rumput akan mati dan mudah untuk dicabut kerana dah kering.
Elak meracun musim hujan kerana mungkin tak berkesan kerana dibasahi air hujan. Sebaiknya buat ketika hari panas baru cepat mati.