Kejadian seorang kanak-kanak perempuan maut akibat tertusuk pisau di rumahnya di tak lama dulu membuat ramai ngilu tatkala membaca berita ini.
Sungguhpun sedih tapi ibu bapa lain diharap mendapat pengajaran daripada kejadian ini agar alatan tajam ini tak dibiarkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Satu lagi info yang perlu kita tahu, apa yang perlu kita lakukan jika keadaan begini berlaku kepada ahli keluarga kita. Betulkah tindakan nenek itu mencabut pisau yang tertusuk atau langkah sebaliknya perlu kita ambil.
Perkongsian daripada jururawat Bel Nawhen ini sangat berguna buat kita.
Dilarang cabut pisau jika tertusuk pada anggota
Ya, saya ada baca kes kanak-kanak berumur 2 tahun yang tertusuk pisau itu, gara-gara panik, neneknya mencabut pisau yang tersusuk dan akibatnya berlaku keadaan kehilangan nyawa.
Takziah saya ucapkan.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititik beratkan dirumah. Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah di mana-mana. Seperti kes ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan diatas lantai. Kita sebagai ibu bapa perlu kerap menasihati anak cara mengendalikan objek tajam dan simpanan yang betul.
Sebab
Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?
Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku. Salur darah mana yang dah tercedera pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terkena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan darah.
Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa.
Langkah yang perlu diambil
Jadi, disini jika berlaku kecederaan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?
Rawatan awal untuk elak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:
1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.
2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.
3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.
4. Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
6. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.
Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.
Bila memandu ketika hujan selalu terjadi cermin depan kereta akan jadi berkabus. Keadaan ini boleh membahayakan terutama jika hujan lebat kerana pandangan terjejas.
Kenapa cermin jadi berkabus begini? Cermin berkabus ini terjadi sebab suhu di luar lebih sejuk daripada di dalam kereta, hingga membentuk titisan air.
Jadi bagaimana nak elakkan cermin dari berkabus dan tak membahayakan pemanduan.
Sebenarnya untuk menghilangkan kabus ini sudah ada fungsi yang tersedia dalam kereta untuk kita guna, cuma ramai yang tak tahu. Caranya dikongsi oleh lelaki ini
Apabila cermin jadi berkabus ketika memandu dalam hujan, ini yang perlu kita lakukan
1. Pastikan on aircond, kemudian pusing mod angin aircond kepada mod seperti gambar di bawah.
2. Cara ini angin depan saja akan berfungsi untuk menghilangkan kabus pada cermin depan.
3. Selain itu boleh juga menghidupkan mod kitaran udara luar. Cara ini ia membenarkan udara luar masuk dalam kereta tanpa buka tingkap. Jadi suhu dalam kereta akan jadi sama dengan di luar sekali gus menghilangkan kabus yang menghalang pandangan.
Cara lain
Guna ubat gigi – cuma picitkan ubat gigi pada kaun bersin dan lap ke seluruh bahagian cermin depan. Biar kering dan lap sekali lagi dengan tuala lembap. Ubat gigi ini akan membentuk satu lapisan yang menghalang wap air dari terbentuk.
Syampu – tanpa mencampurkan dengan air, ratakan syampu pada cermin dengan. Biar kering sebelum lap dengan air. Fungsinya sama dengan ubat gigi.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...