Meski terasa remeh memikirkannya tapi atur letak botol-botol sos untuk kegunaan memasak dan penyedap hidangan yang ada banyak di dapur boleh menyebabkan ruang memasak nampak serabut jika tidak disimpan dengan betul.
Takkan semuanya mahu disumbat dalam peti sejuk kan. Jika anda tiada idea untuk susun letak barang ini, antara penyelesaian yang boleh kita lakukan adalah dengan meletakkannya di atas rak seperti yang dilakukan oleh Noriza Zainal Abidin. .
Bermodal RM10.50 dengan bahan-bahan yang dibeli di kedai Eco, dia menghasilkan rak ringkas tapi punya banyak kegunaan untuk penyimpan botol sos dan juga roti.
Cara membuatnya juga mudah, tak perlu suruh suami pun kita sendiri boleh buat! Boleh ikut langkah ini ya.
1. Bahan yang diperlukan
1 batang kayu mop
2 kayu hiasan dinding
2 papan pemoton jenis kayu
Total: 5 barang x RM2.10 = RM10.50
2. Potong kayu mop sama panjang dengan papan pemotong.
3. Buang plastik pada kayu mop kemudian paku kayu mop dengan papan hiasan.
4. Paku lagi satu bahagian.
5. Hasilnya begini, papan pemotong akan menjadi tapak rak. Paku kiri dan kanan.
6. Paku satu lagi papan pemotong jika mahu jadikan rak dua tingkat. Paku juga kayu mop di bahagian tepi untuk dijadikan penghadang.
Dah siap! Boleh buat setingkat atau dua tingkat.
Kegunaan, boleh letak pelbagai jenis botol sos, roti bersama jem, kaya, marjerin dan sebagainya. Atau boleh juga dijadikan tempat letak serbuk rempah sama ada dalam paket dan botol kecil.
Sumber:
Noriza Zainal Abidin
Cara Betul Semai Benih Terung Supaya Pokok Subur & Banyak Buah
Kalau berhajat nak tanam terung di rumah, tak kiralah apa jenis pun boleh guna panduan ini. Dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyemai benih terung yang betul.
Ada sahabat tanya, macam mana saya semai terung naik seragam dan sekata? Nak guna media apa yang terbaik?
Berdasarkan pengalaman kami, media yang terbaik untuk semai biji benih adalah peatmoss.
Ini tak bermaksud media lain seperti cocopeat, sekam padi bakar dan tanah campuran tak boleh digunakan untuk semaian. Ianya boleh juga digunakan, tidak ada masalah.
Bila guna peatmoss ni, sahabat yang baru nak berkebun pun boleh tumbuh bila semai benih. Dengan syarat ikut sop dengan betul la ya.
Baik. Ini cara saya semai benih terung.
Apa yang diperlukan
Tray semaian
Peatmoss
Spray semaian
Plastik
Besen bekas untuk siraman secara rendam
Langkah semai benih terung
Kita tengok step by step cara menyemai pula ya.
1. Peatmoss dimasukkan ke dalam lubang tray semaian hingga penuh limpah. Jangan tekan peatmoss. Hentakkan tray ke lantai secara perlahan 2 kali. Ratakan peatmoss tadi.
2. Letak biji benih ditengah tengah lubang tray. 1 biji benih untuk setiap lubang. Pilih benih yang berkualiti.
3. Tekan biji benih tadi dengan hujung jari. Kedalamannya lebih kurang 0.5 cm. Jika terlalu dalam, benih akan lambat cambah.
4. Tutup kesan lubang yang ditekan tadi dengan peatmoss. Tabur je atas lubang tu dan jangan tekan. Ratakan semula peatmoss tersebut dengan hati-hati supaya kedudukan benih tidak terusik dan bergerak.
5. Spray media dalam tray dengan air kosong. Saya guna spray tangan je. Setting nozzel tu supaya keluar semburan kabus. Spray cukup cukup basah sahaja.
6. Bungkus bekas semaian dengan plastic hitam supaya ia kedap udara. Biarkan selama 5 hari 5 malam dan simpan di tempat teduh. Proses ini dinamakan “heating”.
7. Buka bungkusan dengan hati hati pada hari ke 2 lepas semai. Jika media kering, spray dengan air kosong. Letakkan tray di tempat asal (redup).
8. Rendam tray semaian dalam takungan beberapa minit pada hari ke 6 lepas semai. Bila media dah basah sepenuhnya, keluarkan tray dan letak tray tersebut dikawasan yang kena cahaya matahari secara terus.
9. Siraman dibuat pada hari ke 7 lepas semai. Ianya dibuat 2-3 hari sekali bergantung pada kelembapan media semaian. Caranya adalah dengan rendam tray semaian dalam takungan beberapa minit. Bila media dah basah sepenuhnya, keluarkan tray dan letak tray tersebut ditempat asal (tempat yang kena cahaya matahari).
Siraman ni kita tak galakkan spray atau siram dipermukaan daun sebab jika kelembapan terlalu tinggi, anak pokok mudah diserang penyakit yang disebabkan kulat.
10. Kawalan perosak dan penyakit dibuat bersama dengan semburan bersama foliar pada hari ke 8 lepas semai. Ianya dibuat 1-2 kali seminggu bergantung pada tahap perosak dan penyakit.
Kombinasi bahan yang digunakan adalah racun organic serangga + racun organic kulat + cuka kayu + larutan baja NPK 18.18.18 + mikro (EC 1.5)
11. Pembajaan anak benih biasanya saya tak buat sebab peatmoss dah ada cukup nutrient untuk tumbesaran pokok. Jika pokok kita nampak terlalu kuning, boleh la buat pembajaan secara rendaman dalam besen.
Guna baja NPK larut air 18:18:18 + mikro atau baja AB. Kepekatan air baja buat 2.0 mS.
12. Paling awal anak benih boleh ditanam bila usianya 30 hari lepas semai . Saya biasa tanam pada usia 35 hari lepas semai. Anak pokok ni boleh bertahan hingga 45 hari lepas semai. Jika kita tanam lebih pada usia tu, tumbesarannya akan jadi terbantut.
Sumber : Azuan Abdullah
Cuma Air Semburan Bunga Cengkih, Cara Mudah Tapi Berkesan Pulihkan Sayuran Kena Serangga Perosak
Penat menanam, sayur pun dah bercambah tiba-tiba kena serangan serangan perosak. Memang frust dibuatnya.
Tapi jangan susah hati ada cara mudah nak pulihkan tanam sayur yang terkena serangga perosak atau kutu daun.
Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Anna yang berjaya pulihkan bayam Brazil yang rosak akibat diserang serangan perosak.
Tanaman hidup subur pada awalnya tapi dalam masa dua hari daunnya habis dimakan oleh serangga kecil itu.
Tapi daun bayam yang rosak itu kembali pulih selepas mengamalkan air semburan bunga cengkih.
Gambar 1- daun bayam Brazil sedang ‘dikendurikan’ serangga perosak
Cara buat air semburan bunga cengkih
1. Ambil satu sudu besar cengkih. Rebus dalam seliter air paip. Saya guna air tapis.
2. Selepas sejuk masukkan dalam botol spray. Spray setiap hari pagi dan petang.
3. Sembur saja tak perlu cabut daun-daun yang rosak, supaya nanti kita akan dapat lihat perbezaannya.
Gambar 2 – Dah nampak sedikit perbezaan selepas disembur air cengkih
Gambar 3 – Bayam Brazil dah kembali pulih
Info
Sudu plastik tu untuk elak kucing duduk atas tanaman. Ada jugak letak garfu atau chopstick.
Air semburan ini boleh digunakan pada pokok sayur yang lain juga termasuk pokok cili.
Sumber: Nor Anna
Selamatkan Anak Jika Tercekik, Ibu Bapa & Pengasuh Perlu Mahir Teknik Manuver Heimlich
Sebelum ini kita dikejutkan dengan satu kejadian anak kecil yang maut akibat tercekik roti dan baru-baru ini viral pula kisah anak tercekik duit syiling .Ya walau pun hanya roti yang lembut ia tetap mengundang bahaya buat anak kecil.
Sebab itu jugalah ibu bapa atau pun pengasuh sebaiknya mempunyai kemahiran menyelamat jika berdepan dengan keadaan ini.
Sekiranya anak mengalami simptom tercekik makanan atau sebarang objek teknik menyelamat mengikut kaedah Tekan Perut atau Manuver Heimlich boleh dilakukan.
Tanda-tanda anak tercekik
1) Tidak boleh bercakap dan menangis.
2) Muka menjadi biru.
3) Memegang tekak dan minta bantuan.
4) Kelihatan panik.
5) Tidak sedarkan diri.
Teknik Tekan Perut / Manuver Heimlich
Teknik menekan perut adalah di mana penolakan udara secara mengejut ke laluan trakea dari diafragma (bahagian perut) yang boleh menolak keluar objek atau makanan yang tersekat.
Walaupun teknik ini kelihatan mudah, ia perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati terutamanya ke atas anak kecil. Terdapat juga teknik khas untuk menekan perut kepada bayi kerana saiz mereka yang kecil dan jika ia tidak dilakukan dengan betul boleh memburukkan lagi keadaan.
Oleh sebab itu, teknik ini paling selamat dilakukan oleh individu yang terlatih. Apa yang boleh ibu bapa lakukan? Ia bergantung kepada situasi:
Jika kanak-kanak masih boleh bernafas
- Jika kanak-kanak itu sedang tersedak atau tercekik, tetapi masih boleh bernafas dan bercakap, ini bermakna laluan pernafasan masih ada.
- Jangan cuba keluarkan objek atau makanan itu kerana ia mungkin akan menolaknya lebih dalam.
- Langkah terbaik dalam situasi ini adalah untuk tidak melakukan apa-apa, tetapi beri perhatian penuh ketika kanak-kanak itu batuk sehingga dia kembali bernafas seperti biasa.
Jika kanak-kanak tidak boleh bernafas?
- Minta bantuan kecemasan. Pastikan anda menyimpan nombor kecemasan, ini termasuk nombor hospital terdekat, nombor keluarga terdekat serta jiran.
- Jika kanak-kanak itu sedar tetapi tidak boleh bernafas atau bercakap atau mula menjadi biru, gunakan teknik menekan perut. Ini boleh dilakukan oleh sesiapa yang sudah dilatih melakukan teknik ini.
Teknik Heimlich Manuver bagi bayi berumur bawah 1 tahun & dalam keadaan sedar
- Menggunakan lengan, posisikan kepala dan muka bayi menghala ke bawah, dengan sokongan peha.
- Pastikan torso bayi lebih tinggi daripada kepala.
- Tepuk bahagian belakang, antara tulang belikat bayi menggunakan tapak tangan sehingga lima kali.
4. Seterusnya, pusingkan bayi sambil terus menyokong kepala lehernya.
5. Jika objek masih tidak keluar dari laluan pernafasan, tekan bahagian dada atau tengah-tengah sternum menggunakan 2 atau 3 jari dengan cepat sehingga 5 kali.
Ulang teknik, iaitu tepukan di bahagian belakang bayi dan penekanan di bahagian dada sehingga objek keluar. Jika ia tidak diteruskan anak mungkin tidak sedarkan diri.
Jika bayi masih tidak bernafas, anda boleh membuka laluan pernafasan dengan meletakkan ibu jari di mulut anak dan genggam gigi kacip atau gusi. Bahagian rahang perlu dinaikkan supaya anda boleh melihat objek yang tersekat.
Jangan cuba keluarga kecuali…
JANGAN cuba keluarkan objek tersebut melainkan anda melihat objek dengan jelas. Anda berkemungkinan menolak lagi objek ke dalam tekak anak, dan ini lebih merbahaya.
Lakukan teknik CPR, jika perlu.
Bawa kanak-kanak ke hospital secepat mungkin, terutamanya jika kanak-kanak itu terus tidak boleh bernafas dan tidak sedar.
Sumber: Astroawani