DIY Tisu Basah Untuk Bayi & Bersihkan Rumah. Senang Sangat Rupanya!

3934

 

Tisu basah sudah menjadi satu keperluan wajib di setiap rumah ketika ini.  Ia bukan saja digunakan untuk bayi tapi juga kita yang dewasa, malah turut digunakan untuk membersihkan alatan di rumah.

Jadi bagi mengurangkan kos pembelian tisu basah setiap bulan apa kata kita DIY saja. Ya betul, tisu basah pun kita boleh buat sendiri.

Cara membuatnya juga mudah saja. Ada dua jenis tisu basah yang boleh kita hasilkan sendiri, untuk kegunaan bayi dan juga untuk pembersihan biasa.

Cara buat tisu basah untuk bayi

Bahan yang diperlukan:

  • 1 gulung tisu dapur
  • Bekas untuk letakkan tisu basah
  • 1 sudu besar minyak kelapa untuk melembapkan dan merawat ruam
  • 2 cawan air yang sudah dimasak- supaya tisu tak berkulat.
  • 2 sudu besar cecair mandian bayi
  • 1 sudu besar minyak bayi

Cara membuat:

1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.

2. Panaskan seketika air dan masukkan minyak kelapa. Kacau rata kemudian tuang sekali cecair mandian bayi dan juga minyak bayi. Kacau lagi.

3.Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas kemudian tuang campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.

4. Tutup bekas dan biarkan seketika.

5. Buka bekas mengandungi tisu basah kemudian keluarkan kertas keras di bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan bayi.

Cara membuat juga boleh rujuk video di bawah:

Tisu basah untuk kegunaan dapur

Bahan yang diperlukan

  • 1 gulung tisu dapur
  • Bekas untuk meletak tisu basah
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan cuka putih
  • Beberapa titis minyak essensial (Lavender, tea tree dan sebagainya)

Cara membuat:

1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian, menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.

2. Campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.

3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan semalaman.

4. Keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan di rumah sama ada mengelap tumpahan, membersih table top dan sebagainya.

Cara membuat juga boleh rujuk video di bawah: