Tisu basah sudah menjadi satu keperluan wajib di setiap rumah ketika ini. Ia bukan saja digunakan untuk bayi tapi juga kita yang dewasa, malah turut digunakan untuk membersihkan alatan di rumah.
Jadi bagi mengurangkan kos pembelian tisu basah setiap bulan apa kata kita DIY saja. Ya betul, tisu basah pun kita boleh buat sendiri.
Cara membuatnya juga mudah saja. Ada dua jenis tisu basah yang boleh kita hasilkan sendiri, untuk kegunaan bayi dan juga untuk pembersihan biasa.
Cara buat tisu basah untuk bayi
Bahan yang diperlukan:
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk letakkan tisu basah
1 sudu besar minyak kelapa untuk melembapkan dan merawat ruam
2 cawan air yang sudah dimasak- supaya tisu tak berkulat.
2 sudu besar cecair mandian bayi
1 sudu besar minyak bayi
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Panaskan seketika air dan masukkan minyak kelapa. Kacau rata kemudian tuang sekali cecair mandian bayi dan juga minyak bayi. Kacau lagi.
Ads
3.Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas kemudian tuang campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
4. Tutup bekas dan biarkan seketika.
5. Buka bekas mengandungi tisu basah kemudian keluarkan kertas keras di bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan bayi.
Ads
Cara membuat juga boleh rujuk video di bawah:
Tisu basah untuk kegunaan dapur
Bahan yang diperlukan
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk meletak tisu basah
1/2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essensial (Lavender, tea tree dan sebagainya)
Cara membuat:
Ads
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian, menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan semalaman.
4. Keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan di rumah sama ada mengelap tumpahan, membersih table top dan sebagainya.
Dah memandu dengan cermat namun malang tidak berbau kita terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta. Kereta remuk malah diri sendiri pun kecederaan hingga patah kaki.
Bila terjadi kemalangan begini kita biasanya akan menuntut ganti rugi Insurans Pihak Ketiga daripada pelanggar.
Tapi macam mana kalau pihak yang melanggar tiada perlindungan insurans? Lebih serius, pihak yang melanggar tidak punya wang untuk membayar kerosakan atau pun bil untuk rawatan anda. Jadi apa yang perlu kita buat?
Boleh tuntut menerusi MIB
Mungkin ramai tak tahu sekiranya pihak pelanggar tersebut tidak mempunyai perlindungan insurans, anda boleh menuntut ganti rugi menerusi Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia yang lebih dikenali dengan MIB.
Berikut adalah cara-cara untuk anda tuntut ganti rugi jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak mempunyai insuran.
Hantar tuntutan ganti rugi anda ke MIB atau anda boleh lantik peguam bagi pihak anda.
Pastikan anda ingat nombor plat kenderaan yang melanggar anda. Kes langgar lari yang tiada nombor plat tidak akan diproses oleh MIB.
Tuntutan mestilah dihantar dalam tempoh tiga (3) tahun dari hari kemalangan.
MIB hanya akan membayar ganti rugi jika berlaku kemalangan terhadap diri sendiri.
Kerosakan kenderaan dan barang peribadi tidak akan dibayar ganti rugi.
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
Surat rasmi tuntutan anda yang mengandungi butiran dan maklumat kemalangan.
Laporan polis
Laporan polis dari pihak ketiga (jika ada)
Laporan perubatan
Hantar dokumen lengkap tersebut ke alamat berikut:
Motor Insurers’ Bureau Of West Malaysia
Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel : +60 3-2274 7395
Jumlah bayaran yang diberikan oleh pihak MIB adalah tertakluk kepada pertimbangan MIB dan berkemungkinan besar pampasan yang diterima tidaklah sebanyak yang kita jangkakan daripada polisi insurans pihak ketiga. Tapi lebih baik daripada tiada apa-apa langsung kan?
Ada cara senang buat apa ikut cara susah kan. Kalau teringin makan lemang dah tak perlu keluar beli atau susah payah bakar.
Sekarang ada saja cara kreatif yang lagi mudah dikongsi oleh netizen untuk menyediakan makanan tradisional ini.
Antara caranya adalah dengan memasak lemang menggunakan tin minuman. Cara memasaknya pula boleh menggunakan sama ada periuk tekanan, oven, pengukus atau masak dalam rice cooker saja.
Masalah jerawat satu hal, dah hilang pun satu hal lagi. Parut yang ditinggalkan biasa ambil masa lama untuk hilang.
Selalunya ia meninggalkan parut merah pada wajah yang menyakitkan mata bila melihatnya di cermin. Sebab itulah ramai yang sanggup membeli produk yang mahal untuk menghilang parut jerawat ini.
Tapi sebelum keluarkan duit, baiklah kita cuba dulu petua yang dikongsi oleh Muyassarah Samad. Gadis ini berkongsi petua menghilangkan parut jerawat dengan cara paling mudah, murah dan semula jadi tapi kesannya mampu buat wajah kembali flawless.
Menurut Muyassarah, petua ini sudah diamalkan sejak lima tahun lalu. Sebaiknya dilakukan setiap malam jika mahu hasil lebih berkesan lakukan setiap malam. Insya-Allah katanya dalam tempoh seminggu parut jerawat akan hilang.
Ini berdasarkan pengalamannya sendiri beberapa tahun lalu ketika wajah mengalami masalah parut merah yang banyak sehingga membuatkan dia malu untuk keluar rumah.
Namun petua inilah yang diamalkan untuk memulihkan wajah. Caranya memang mudah hanya menggunakan asam jawa & bedak sejuk tapi kesannya memang terbaik.
Bahan-bahan:
Asam jawa
Bedak sejuk
Air kosong
Cara membuat:
1. Ambil sedikit asam jawa lalu tambah air kosong secukupnya. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
2. Ambil bedak sejuk campurkan sekali dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat tambah sedikit air. Gaulkan.
3. Kemudian ambil pes dan tampal pada bahagian wajah berparut. Boleh juga disapu pada satu muka.
Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.