Bab cuci bilik air atau tandas memang memenatkan. Bila lama tak dibersihkan lagilah kotoran akan melekat termasuklah termasuklah di lubang tandas.
Dah disental pun masih juga berkeladak. Bagi menyelesaikan masalah ini Puan Suhaili Baharudin
berkongsi DIY toilet bomb untuk membersihkanya tanpa perlu memberus.Lubang toilet yang berkeladak menakutkan mata itu boleh dicuci semudah abc. Campakkan saja seketul selesai masalah. Jom buat.
1 cawan – Sodium bicarbonate (baking soda)
1/4 cawan – citric acid (boleh cari di kedai bakery)
1 sudu hydrogen paroxide (cari di farmasi)
2. Campurkan sodium bicarbonate dan citric acid. Gaul rata dan pastikan tak berketul.
3. Masukkan 1 sudu hydrogen paroxide. Jangan lebih.
4. Gaul lagi. Ia sepatutnya rupa begini. Tak berketul dan tak terlalu basah.
5. Masukkan dalam bekas acuan. Biarkan 4 jam.
6. Selepas 4 jam keluarkan dan letak dalam bekas comel.
7. Campakkan saja seketul dalam lubang tandas rumah, masalah selesai. Segala yang berkeladak tu akan hilang.
Selamat mencuba!
Sumber: Suhaili Baharudin