Kebanyakan pemilik kediaman hari ini inginkan privacy termasuklah di luar rumah. Sebab itu di bahagian porch banyak yang naik tembok kiri dan kanan rumah.
Tapi nak naikkan tembok konkrit kebiasaannya memakan belanja besar, modal mungkin makan belanja lebih dari RM5k. Bagaimanapun Cik Puan Pae Faez
berkongsi cara bajet yang dilakukan untuk menutup dinding bahagian ini.Menggunakan shera plank dan dilakukan semuanya sendiri oleh suami, dinding porch ini berjaya ditutup dengan cantik. Modalnya pula hanya dalam lingkungan RM1k lebih dan hanya ambil masa seminggu saja untuk menyiapkannya.
Kemudian terus datang idea nak buat ala-ala pagar macam kat oversea tu. Order lagi shera dan terus buat design pagar tu. Siap boleh cover sampai kolam!
Taraaa… alhamdulillah walaupun homestay, tapi kami nak bagi guest yang menginap puas hati.
INFO DIY
Total shera plank – dalam 37 keping
Kos – dalam RM1k
Masa siap – dekat 5 hari.
Husband buat sorang!
Semoga bermanfaat
Sumber: Cik Puan Pae Faez