DIY Vakum Sedut Air Untuk Cuci Karpet. Guna Tong Cat & Sambung Hos Pada Vakum Biasa, Siap!

Share

Bila karpet di rumah kotor biasanya kita akan hantar ke dobi saja untuk cuci. Mana ada alat kelengkapan untuk cuci sendiri.

Tapi sebenarnya kita boleh ubah suai vakum yang ada di rumah kita untuk jadi vakum penyedut air untuk bersihkan karpet dan kusyen kereta.

Caranya dikongsi oleh Hong Duan, jadi lepas ni karpet, kusyen kereta atau sofa kotor boleh cuci sendiri, tak perlu panggil khidmat cucian untuk tujuan ini. Jimat kan.

Buat sendiri vakum penyedut air

Ubah suai vakum biasa jadi penyedut air untuk bersih karpet dan kusyen. Modal lebih kurang RM50 saja tapi hasilnya cukup puas hati.

Berfungsi elok, ia sedut air hanya menggunakan separuh kuasa sedutan dari vakum ini. Sekarang dah boleh cuci karpet dan kusyen kereta sendiri. Woohoo.

1. Ini alat yang digunakan bekas cat bersama inlet dan outlet bersambung dengan hos vakum dan wet nozzle (inlet dan outlet paip beli di hardware).

2. Saya buat sedikit plumbing pvc fitting dan pendek paip untuk pastikan host muat.

3. Ini bahagian dalam, tak perlu guna gam pun.

4. Dah siap guna boleh letak dalam tong.

5. Air kotor yang disedut dari karpet. Boleh buang.

6. Ini vakum yang digunakan, kekal kering sepanjang pembersihan.

Semoga bermanfaat

Sumber: Hong Duan

Published by
VK