Hidangan Thai memang kena sangat dengan tekak kebanyakan masyarakat Malaysia. Ada banyak yang jadi kegemaran selain tomyam. Salah satunya adalah udang belon ini.
Kalau biasa makan di restoran Siam, apa kata cuba buat sendiri pula. Lagi puas makan. Cara membuatnya dikongsi oleh Fatyma Idris.
Cara buat udang belon ala Thai, guna 4 bahan saja
Bahan-bahan
Udang
Tepung Blue Key Self Raising Flour (kotak warna pink)
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara membuat
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan saja.
2. Campur semua bahan-bahan yang lain tepung, telur dan garam.
3. Masukkan air secukupnya. Jangan cair sangat, tak pekat sangat. Buat biar boleh lekat elok adunan tepung dengan udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
TIP: Untuk hasilkan udang belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.
Yong tau fu ini memang sedap, dapat pula kuah yang manis dan pedas-pedas.
Tapi setiap kali beli mesti ramai yang akan terkejut bila diberitahu harganya terutama bila ambil banyak bahannya.
Lepas ni jangan merungut lagi tentang harga, kita buat sendiri. Cara buah sos/kuah yong tau fu oleh Addarosa Rose Garden ini memang mudah.
Nak lagi senang kita beli saja bahan-bahan steam bot yang dah siap dalam paket. Tinggal celur saja.
Cara buat kuah yong tau fu homemade
Bahan-bahan
2 senduk kicap manis
Belacan sikit
2 senduk sos tiram
Air satu cawan atau lebih ikut pekat yang dikehendaki
2 sudu cili mesin
Taucu masin – jika suka (boleh kisar dulu)
2 senduk sos cili
2 sudu tepung jagung (bancuh air dulu)
Gula kabung
Bijan sangai untuk ditabur
Cara membuat kuah
Masak semua bahan di atas sampai pekat. Boleh letak garam sikit jika nak lebih masin. Dah siap kuahnya!
2. Panaskan air untuk celur bahan-bahan yong tau fu dan sayur. Jika nak lebih sedap letak serbuk Cukup Rasa dalam air celur. Dah celur, tos.
3. Tabur bijan dalam kuah dan hidang bersama bahan-bahan tadi.
Waktu beli barang kita sentiasa akan lihat tarikh luputnya. Biasanya asal belum sampai tarikh yang tertera kita akan yakin untuk membeli.
Tapi perasan tak perkataan Guna Sebelum atau use by dan juga Baik Sebelum atau Best Before yang tertera.
Sebenarnya antara dua ini ada bezanya. Ahli kimia Fatimah Salim memberi penerangannya.
Ada beza ya!
Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) “Guna Sebelum” (Use by)?
Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan fokus kepada makanan dan minuman sahaja.
Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Guna Sebelum ( Use by)
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Baik Sebelum (Best Before)
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
Tip untuk memanjangkan jangka hayat produk:
Simpan di dalam peti sejuk (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...