Keenakan masakan minang dari seberang memang tak dapat dinafikan terutama sekali rendang dagingnya. Walau tak menggunakan kerisik tapi rasanya memang umphh, sedap sangat.
Bagi yang mahu cuba menyediakan rendang daging minang sempena Aidiladha nanti boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ayu Susanti. Resipi asli diperoleh dari ibunya yang memang berasal dari Minang namun menetap di Malaysia.
Menurut Ayu kebiasaannya waktu raya rendang daging ini akan habis licin dimakan oleh anak menantu sebelum tengah hari lagi.
Cara buat rendang daging Minang asli
Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering pedas
Halia
Lengkuas
Bahan lain
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut
Daun salam
Daging
Santan
Cara membuat:
1. Panaskan kuali masuk daging serta bahan yang dikisar . Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.
2. Kemudian masukkan juga daun limau, daun kunyit, daun salam, serai.
3. Bila mengelegak, baru masukkan santan, garam & Ajinamoto.
3. Untuk 1kg daging perlu 1kg santan. Kami orang minang masak rendang tak pernah gunakan kerisik.
Kebelakangan ini ramai yang mengeluh tentang peningkatan bil elektrik terutama yang berkeluarga. Ada yang mencecah hingga RM300 sebulan walaupun menggunakan alat elektrik asas.
Bagi yang mencari-cari tip untuk mengurangkan bil elektrik perkongsian dari Fikri Azhar ini boleh dijadikan panduan.
Dengan penggunaan alat elektrik yang kebiasaannya ada di kebanyakan rumah, bil paling tinggi yang diterima hanya RM90 sebulan. Manakala kadar harian penggunaan elektrik sekitar RM1.50- RM2.30 untuk hari bekerja.
Ujarnya tip yang dipraktikkan adalah amalkan tutup suis untuk setiap alatan elektrik bila tak digunakan. Dalam pada itu penggunaan alat elektrik inverter serta timer juga membantu.
Berikut adalah perkongsian beliau.
Sebelum ini saya suka membaca tip yang orang share untuk jimatkan penggunaan eletrik. Terbukti ada kurang bil bulanan.
Saya share penggunaan rumah saya. Dalam rumah ada 4 orang (dua dewasa dan dua anak umur 4 tahun dan 1 tahun);
1. Aircond 1hp inverter 4 star( penggunaan dari 8 malam sampai 7 pagi, kalau Sabtu Ahad sampai pukul 9 malam -10 pagi)
2. Peti sejuk invreter 4 star (on 24 jam)
3. Freeze 5 star ( on 24 jam)
4. Penapis air (Coway, on pukul 5 petang- 12 malam, 12 malam off hingga 5 pagi, on 5 pagi hingga 8 pagi, off 8 pagi hingga 5 petang) Guna timer smart plug boleh monitar penggunaan eletrik.
5. Mesin basuh guna 2 hari sekali
6. Microwave dan air fryer ( guna bila perlu)
7. TV (3 star, on malam pukul 8 sampai 12)
8. Kipas 5 buah, semua 5 star (on bila perlu sahaja)
9. Lampu semua LED (guna yang kwh rendah, on bila perlu sahaja. Satu lampu saja on dari 7 malam- 7 pagi) On 7 malam sampai 7 pagi, yang ini guna smart plug timer boleh monitor penggunan elektrik.
Sehari penggunaan bil elektrik pada hari bekerja dalam RM1.50-RM2.30. Kalau waktu cuti sabtu ahad RM3.00- RM3.50.
Cara yang dipraktikkan
Bil setakat ini paling tinggi RM90. Bila saya amalkan dah guna alat eletrik saya akan offkan suis( tak cabut plug) kadang-kadang makin berkurang RM70-80.
Alat elektrik yang 24 jam guna saya beli jenis inverter. Sebab pernah guna yang non inveter bil letrik sebulan RM200-RM250. Ada rezeki beli rumah, terus tukar kepada alat elektrik inverter, 4 atau 5 star dan LED yang kwh rendah.
Penggunaan timer wifi yang saya guna pada penapis air sangat membantu jimatkan elektrik. On bila perlu sahaja.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Fikri Azhar Via Facebook Tukang Apa Hari Ini
Sofa rona putih atau cerah memang cantik untuk kediaman. Cuma masalahnya akan mudah kotor. Boleh jadi tertumpah air, makanan atau tercalit kotoran dek anak-anak.
Ada yang sakit mata melihat kotoran ini dan sanggup upah servis mencuci sofa. Tapi ada alternatif lain untuk bersihkan sofa ini dengan cara paling mudah dan murah.
Hanya mengguna penutup periuk bersama bancuhan air panas cecair pencuci pinggan, kotoran pada sofa dapat dibersihkan dengan mudah. Tak perlu upah khidmat pencuci, modal cuma penutup periuk saja. Kaedah ini dikongsi oleh Arya Cahya Oktavia melalui akaun TikTok beliau.
Bersih sofa guna penutup periuk
Cuba cara bersih sofa yang viral menggunakan penutup periuk. Macam tak percaya pula menjadi.
Kalau cara yang dikongsi sebelum ini menggunakan cecair pencuci bentuk tablet tapi memandangkan bahan ini tiada di rumah jadi saya guna cecair pencuci pinggan. Tapi memang ternyata bersih.
Bahan yang diperlukan:
Cecair pencuci pinggan
Penutup periuk
Kain
Air panas secukupnya
Caranya:
1. Tuang cecair pencuci diikuti dengan air panas dalam besen atau bekas yang boleh muatkan penutup periuk.
2. Ambil kain dan ikat penutup periuk, pastikan bahagian ikatan di atas.
3. Celup penutup periuk yang diikat kain tadi dengan air sabun tadi.
4. Terus gosok pada sofa yang kotor. Ulang hingga kotoran hilang.
5. Selepas itu hidupkan kipas, anginkan agar sofa cepat kering.