Doa Wanita Hamil ‘Power’ Di Sini! Yatt Hamzah Cerita Pengalaman Tunai Umrah Waktu Sarat Hamil, Bawa 2 Anak Yang Dipermudahkan

Share

 

Selain Siti Nordiana dan keluarga yang berada di tanah suci, rupanya ada seorang lagi selebriti yang sedang mengerjakan umrah ketika ini iaitu Yatt Hamzah.

Tapi menariknya pelakon dan pengacara ini ke sana dalam keadaan sarat hamil malah turut membawa bersama dua anak yang salah seorangnya baru berusia 11 bulan.

Akui Yatt, pemergian kali ini memang agak mencabar walaupun sebenarnya ini ibadah umrah kali keempat buat dirinya. Tapi ibarat katanya doa wanita hamil itu cukup ‘power’ di tanah suci Makkah hingga ada banyak perkara yang dipermudahkan.

Ikuti kisah Yatt dan buat ibu hamil yang mahu mengerjakan umrah atau pergi bersama anak kecil dia turut berkongsi tip yang cukup berguna!

1. Pastikan anak kenyang!

Doakan kami ya.Doakan Allah mudahkan urusan umrah saya, suami dan anak2. Bukan mudah sebenarnya travel jauh dengan flight panjang bersama anak2 kecil, baby 11 bulan dengan mengandung nak masuk 7 bulan pula tu! Kalau tak kuat memang boleh stress dan kacau ibadah.. .

Tapi setakat ni apa yg kami risaukan tak berlaku. Alhamdulillah.. Anak2 sangat coorperative dan memahami. Si kenit baik sgt behave sgt tak byk ragam. Adalah sekali sekala merengek pendek sebab nak susu dan mengantok.

Bagi dia kenyang BF kat mana2 je then settle! Si kakak Nia pula sangatlah rajin membantu, cuma kadang2 je buat Bonda & abah pening dgn pertanyaan bertalu2 walau di mana shj! Tengah termengah2 berlari masuk Raudhah pun dia sempat potpet2 lg!

2. Bawa mainan

Tips buat ibu bapa yg bawa anak2 kecil spt bayi 11 bulan ni ke Umrah ;
Get them BZ with toys or ur makeup (for babygirls) or plastic cup air zam2 pun boleh!

3. Untuk ibu hamil percayalah Allah bantu bila berada di sini

Serius tak mudah bg ibu2 hamil especially yg dah masuk 3rd trimester utk travel jauh apatah lg buat ibadah Umrah dengan masih susukan bayi 11 bulan yg lasak teramat! Dulu sy tak boleh bayangkan, sekarang sy sdg alaminya..Amat mencabar!

Dengan kena angkut beg tangan sendiri, beg makanan baby dan beg sejadah! 3 beg skali angkut! Dengan dukung baby Iqlima jika dia meragam. Dengan melayan karenah Kak Nia yg kdg2 moody..Dengan melayan jemaah2 Malaysia, Brunei Singapore nak selfie lg! Hehehe..

Macam penat macam susah kan..Percayalah bila saya kata, semua jadi mudah di sini! Wallahi Allah bantu sgt2 bila berada di sini!
Akan ada saja bantuan yg dtg..Ramai yg offer nak bawa beglah, nak dukung anaklah..Ruang solat akan mudah terbuka walaupun dah bersesak dlm Masjid dg jemaah dr 1 dunia. Tapi Allah Maha Besar..Allah Maha Baik..Bersangka baik dan bergantunglah hanya pada Dia. Banyak2 doa, MAKBUL in shaa Allah!

So ibu2 dan bakal2 ibu, DON’T WORRY, BE HAPPY je di Tanah Suci Mekah & Madinah sbb doa dan usaha wanita hamil power di sini..Malaikat mendoakan setiap saat, Allah makbulkan setiap permintaan.Percayalah

4. Tip pergi umrah bulan 12

Madinah sejuk sangat 7-15 darjah selsius sampai terpakse pinjam bulu beruang utk lil Mujahidah kenit. Tip umrah bulan 12 : MESTI BAWA UTK BABY ; baju sejuk, minyak panas (yuyi, balm hangat, etc), vaselin petrol jelly, minyak bayi, losyen, sunblock.  Utk mak bapak baby pandai2 lah.

Semoga perkongsian dari Yatt Hamzah ini bermanfaat buat bakal ibu atau yang bercadang ke tanah suci bersama anak kecil.

Sumber: yatthamzah_suci

 

Published by
VK