Doktor Ini Ajar 2 Gerakan Mudah & Cepat Untuk Atasi Masalah Pening Akibat Vertigo

Share

 

Tiba tiba keadaan sekeliling kita rasa seperti berpusing hingga menyebabkan kita sendiri rasa tidak stabil dan terhuyung hayang.

Ramai antara kita pernah mengalami keadaan yang dipanggil vertigo ini.

Vertigo adalah bila seorang yang merasakan pandangan di sekitarnya berpusing-pusing dan dia juga merasakan dirinya berpusing walaupun sebenarnya tidak bergerak pun.

Pada masa yang sama pesakit mungkin akan berasa loya, nak muntah dan jalan melelong. Ada juga yang tidak boleh menggerakkan kepala kerana akan menyebabkan rasa berpusing.

Biasanya kalau ke klinik, doktor akan memberi ubat dan kita akan perlu menunggu ia hilang sendiri yang mungkin memakan masa berhari-hari.

Tapi baru-baru ini Dr Noordin Darus telah berkongsi 2 pergerakan yang boleh membantu mengatasi masalah Vertigo. Memandangkan ia biasa berlaku jadi ada baiknya kita ketahui teknik ini.

Gerakan 1 – tunduk, sujud 45 darjah

1. Lakukan gerakan ini atas lantai. 2. Tegakkan separuh badan dengan lutut di lantai.

2. Dongak kepala selama 30 saat kemudian dengan cepat turunkan kepala seakan bersujud di lantai. Bahagian kepala kalau boleh hendaklah dekat dengan lutut. Kekal dalam posisi ini selama 30 saat.

3. Selepas 30 saat, dalam posisi kepala di lantai pusingkan kepala 45 darjah ke kiri (sekiranya vertigo di sebelah kiri). Biar selama 30 saat

4. Kemudian bangun separuh badan dalam keadaan kepala masih lagi teleng ke kiri 45 darjah. Biar 30 saat.

5. Seterusnya luruskan kepala ke depan. Rehat dalam 15 minit jika masih ada ulang balik gerakan tadi, paling banyak 5 kali.

Gerakan 2 – Baring, pusing 45 darjah bangun

1.Gerakan ini perlu dilakukan di atas katil. Luruskan kaki kemudian adjust kedudukan untuk memastikan tubuh baring dalalam keadaan kepala tergantung di hujung katil.

2. Bangun dan pandang lurus ke depan kemudian turun kepala dengan cepat. Ketika berbaring bahagian kepala akan teroleng di tepi katil. Pusing kepala ke kiri 45 darjah dan biar 30 saat.

3. Selepas itu bangun separuh badan dengan mengekalkan keadaan kepala yang serong ke kiri 45 darjah. Biarkan 30 saat

Kemudian pandang ke depan. Sekiranya pening sudah tiada bolehlah bangun.

Sumber: Dr. Noordin Darus

 

 

Published by
VK