Bagi yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, alat untuk mengukur tekanan darah memang akan ada di rumah.
Walau sentiasa menggunakan alat ini untuk memantau bacaan tekanan darah tapi selalu juga kita dapat bacaan yang berbeza. Salah satu sebabnya adalah cara kita menggunakan alat yang dipanggil Sfigmomanometer atau digital sphygmomanometer ini tidak tepat.
Supaya bacaan tepat semasa Dr. Zubaidi Haji Ahmad memberi panduan untuk menggunakan alat ini dengan betul.
Bagi mereka yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, saya mencadangkan agar beli “digital sphygmomanometer” agar dapat memantau sendiri tekanan darah di rumah. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan.
1. Elakkan pengambilan minuman berkafein atau beralkohol 30 minit sebelum melakukan pemeriksaan.
2. Duduk diam dan rehat dengan bersandar di kerusi dan kaki tidak bersilang selama 5 minit sebelum mengambil bacaan tekanan darah.
3. Letakkan lengan di atas meja, sama paras dengan jantung.
4. Balut pembalut alat pembaca (cuff) pada lengan tanpa sebarang lapik baju.
5. Jangan bercakap ketika pemeriksaan.
6. Selepas mengambil bacaan pertama, ambil bacaan kedua tanpa membuka pembalut alat pembaca. Ambil bacaan kedua. Jika kedua-dua bacaan tidak jauh bezanya, ambil purata keduanya.
7. Simpan rekod bacaan setiap hari.
8. Lakukan pemeriksaan pada waktu yang sama setiap hari.
Semoga bermanfaat.