Keibubapaan

Senarai ‘First Aid Kit Raya’ Wajib Bawa Balik Kampung Terutama Jika Ada Anak Kecil

Share

First aid kit raya ini penting ya terutama jika pulang ke kampung dengan anak kecil. Ini kerana ketika musim perayaan banyak klinik dan farmasi turut menutup operasi.

Lagi pula ketika ini cuaca panas, boleh saja anak terkena demam, batuk dan sebagainya. Jadi, sebaiknya siapkan beberapa alatan asas penjagaan kesihatan untuk dibawa bersama.

Perkongsian dari Kamarul Ariffin Nor Sadan, ini senarai First Aid Kit Hari Raya yang disarankan dibawa bersama.

1. Tisu basah / Baby wipes . Antara benda penting ni! Rasanya semua orang yang ada anak ada benda ni di rumah.

2. Nappy rash cream. Musim raya ni, kita makan macam-macam, kadang anak yang menyusu badan pula yang kena cirit birit sampai melecet bontot. Benda ni sangat membantu elakkan kulit menggelupas akibat kerap basah.

3. Paracetamol / ubat demam. Dos dia 15mg/kg (setiap kilo berat badan, darab 15mg). Contoh: anak 10kg, maka 10kg x 15mg/kg = 150mg (miligram tau bukan ml).

4. Ubat batuk. Boleh beli ubat batuk komersil atau di farmasi. Sila ikut sukatan yang disyorkan pada kotak produk. Baca betul-betul. Jangan salah. Baca juga mana sesuai untuk kanak-kanak, mana yang tidak. Ada yang menyebabkan ngantuk, jadi hati-hati.Oral aid: semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, Keno atau apa-apa jenama di farmasi.

5. Syringe / picagari.  Ini untuk beri ubat pada anak-anak kecil. Nak buat cuci luka pun boleh. Nak main tembak-tembak air dengan sepupu pun boleh. Haha.

6. Cawan: dah makan ubat, mesti nak minum, kan? Standby je satu cawan plastik. Manalah tahu diperlukan.

7. Nasal Aspirator: Kalau hidung anak berhingus dan tersumbat, boleh sedut hingus guna bendalah ni. Picit, masuk lubang hidung, dan lepas.

8. Nasal Aspirator. Ini versi kena sedut pakai mulut. Bila sedut, hingus masuk tabung kecil tu, tak masuk mulut anda. Cuma virus/bakteria dari anak boleh masuk mulut anda.

9. Nasal Aspirator. Ini jenis pam elektrik. Paling senang. Tapi mahal. Duit raya anak anda yang tahun lepas, anda buat lah beli benda ni. Hehe

10. Saline spray.  Ini spray untuk legakan hidung berhingus. Boleh guna untuk bayi dan anak-anak kecil. Boleh beli di farmasi.

11. Oral aid. Semasa raya ni kita atau anak-anak mudah kena ulser mulut. Boleh beli gel macam Bonjela, Keno atau apa-apa jenama di farmasi.

12. Paracetamol tablet. Ni pun beli siap-siap. Sakit kepala. Sakit tangan lenguh kacau dodol. Sakit hati je tak boleh. Kalau sakit hati cepat-cepat minta maaf. Bila lagi nak minta maaf kalau bukan Hari Raya.

13. Methyl Salicylate.  ubat sapuan panas untuk lenguh otot-otot. Makbapak kita suka ni.

14. Calamine Lotion. Kalau gatal-gatal, ruam-ruam biasa, bolehlah sapu ni. Lega, boleh tidur nanti.

15. Vaseline.  ni untuk lembapkan kulit, tapi tak nak kulit basah. Kalau kulit basah selalu, nanti berkedut dan mudah menggelupas. Pakai tau!

16. Losyen. kalau tak nak pakai Vaseline jenis jelly, boleh pakai jenis losyen. Kulit mesti jaga.

17. Swab Alkohol. Ini alkohol dalam bentuk swab. Koyak paket dia, keluarkan tisu beralkohol, dan lap kawasan yang kita nak sterilkan. Ada jual di farmasi.

18. Plaster aid (Handyplas). ni semua orang kenal. Tampal dekat pipi, nampak macam rapper terkenal. Saya lupa nama dia. Haha.

19. Crepe bandage.  Ini bukan crepe yang isi durian tu. Ni pembalut kalau ada apa-apa kecederaan. Berguna benda ni.

20. Gunting.  Pastikan gunting ni bukan gunting yang anda potong cili kering, potong ikan, potong kain raya. Guna gunting bersih dan tak berkarat. Beli satu khas untuk first aid kit.

21. Tweezers. Tak silap saya, dalam bahasa jawa, namanya ‘catut’. Boleh guna untuk cabut selumbar ke, apa ke. Cabut uban nenek anda pun boleh juga.

22. Termometer (jangka suhu). Beli termometer. Mudah. Cuma jangan beli yang ada bebuli merkuri. Kalau pecah bebuli dia nanti, susah nak bersihkan. Beli yang eletronik. Yang baca dahi ke, telinga ke, tak kisah.

23. Plaster (micropore). Ini untuk tampal gauze atau bandage. Ini jenis plaster yang benarkan kulit bernafas. Kalau pakai selotape, berkuap nanti.

24. Gauze. Kain kasa. Boleh guna untuk cuci luka. Tutup luka sebelum balut dengan bandage. Beli yang steril lebih baik. Dalam paket. Ada pelbagai saiz. Pilihlah yang mana sesuai.

25. Flavin/ ubat kuning. Kalau ada luka, cuci bersih-bersih pakai saline water, kemudian pakai ni. Tutup dengan gauze, dan balut.

26. Glucometer. Kalau ada kemampuan, beli satu untuk mak abah yang ada kencing manis. Senang dia nak pantau paras gula dalam darah.

27. Sphygnomanometer. Untuk periksa tekanan darah. Beli juga untuk mak abah. Mesti mereka sayang kau lebih baik dari tahun sebelumnya.

28. Ubat cirit-birit. Hari Raya adalah pesta makanan dan minuman, jadi keberangkalian terkena cirit-birit adalah tinggi. Boleh beli ubat cirit-birit dari farmasi awal-awal. Tanya siap-siap pada ahli farmasi, mana boleh beri kanak-kanak, mana yang tak boleh. OK?

29. Oral Rehydration Salt (ORS) : kalau cirit-birit, maka banyak hilang garam mineral, jadi kena ganti semula kehilangan itu. Bancuh ORS dan minum setiap kali tercirit.

30. Bekas. Gunalah bekas apapun, asalkan bersih. Susun barang-barang di atas elok-elok. Simpan dalam tempat kering dan suhu bilik. Kecuali ubat. Ubat kena simpan ikut apa yang disyorkan oleh pengeluar. Kalau nak balik kampung, bawa kotak ni sekali! Kalau tengah jalan nanti ada apa-apa berlaku, kan dah senang.

 

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Published by
VK