Doktor Kongsi Cara Betul Guna Air Fryer Agar Makanan Dimasak Lebih Selamat Dan Sihat

Share

Kebanyakan rumah sekarang ada air fryer di dapur, ia boleh dikatakan sebagai gajet untuk bantu amalkan gaya hidup sihat. Jika digunakan sebaiknya ia boleh membantu mengurangkan makanan berminyak dalam pemakanan sehari-hari.

Tapi adakah penggunaan air fryer ini betul-betul menyihatkan? Ia akan jadi sihat jika cara penggunaannya betul. Ini supaya unsur acrylamide dalam makanan yang dikaitkan dengan kanser tidak tercetus semasa penggunaannya.

Dikongsi oleh Dr Izzar Anwari berikut adalah cara betul mengggunakan air fryer agar ia menghasilkan makanan yang betul menyihatkan.

Betul ke air fryer menyihatkan

Boleh kata ramai dah sekarang ada air fryer di rumah sebab nak amalkan gaya hidup sihat kan? Tapi air fryer tu betul-betul menyihatkan ke?

Guna Air fryer sememangnya lebih sihat berbanding dengan menggoreng makanan. Ia mengurangkan kalori sehingga 70-80% dan lemak pun sikit je. Kita juga dapat mengurangkan risiko merbahaya kesan dari menggoreng menggunakan minyak masak.

Contohnya bila kita menggoreng makanan berkanji (starch) seperti French fries dengan suhu tinggi, bahan kimia acrylamide akan terhasil. Dan acrylamide ni berkemungkinan dapat meningkatkan risiko mendapat kanser. Dengan air fryer, kita dapat mengurangkan risiko terhasilnya acrylamide ni.

Dengan bertukar kepada masakan air fryer, sudah tentu akan mengurangkan makanan berminyak/berlemak, barulah kolesterol dalam darah berkurangan serta kalori pun tak tinggi nanti. Takdela overweight atau obes. Barulah sihat kan.

Cara elak terjadi acrylamide ketika guna air fryer

Tapi ada satu kajian dari Korea Consumer Agency mengatakan bahawa acrylamide juga boleh terjadi jika memasak dengan air fryer sekiranya kita masak makanan dalam TEMPOH YANG LAMA dan SUHU TINGGI (dia buat kajian dengan masak kentang).

Kalau nak elak terjadinya acrylamide ni, elakkan memasak terlalu lama dengan suhu tinggi sehingga makanan overcook. Macam masak French fries, kita nak dia masak jadi warna golden yellow. Kalau jadi warna brown, dah ada la acrylamide tu. Lagi gelap makanan berkanji yang telah dimasak tu, lagi tinggilah kandungan acrylamide.

Foto Ana Mariana via Masak Apa Hari Ni

Kesimpulannya, gunalah air fryer dan jangan overcook makanan ye. Saya pun guna airfryer hari-hari. Apa-apa pun, amalkan pemakanan seimbang dan tak payahlah minum air2 manis. Baru betul.

INFO
Acrylamide adalah bahan kimia yang terhasil dari makanan berkanji yang dimasak pada suhu panas dan lama. The International Agency for Research on Cancer mengklasifikasikan Acrylamide sebagai ‘bahan berpontensi penyebab kanser’.

Sumber: Dr Izzar Anwari

Teringin nak ada air fryer kat rumah, boleh beli dulu yang paling murah ni. Harga dari RM99  saja. Klik SINI

Published by
VK