Banyak hidangan yang kita masak akan kita masukkan sekali kiub ayam untuk menyedapkan rasa. Namun begitu tak dinafikan selalu terlintas kerisauan dalam fikiran kita tentang bahan MSG yang ada dalam kiub ini.
Tapi masalahnya jika tak guna nanti tak sedap pula. Solusi untuk masalah ini adalah buat sendiri kiub ayam. Bila buat sendiri kita boleh elak menggunakan bahan perasa dan juga MSG, dalam masa yang sama hidangan kekal sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Dr Mazliana Mazlan.
Sambil tidurkan anak pun boleh buat kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG. Dulu, kiub ayam mesti jadi stok tak pernah putus saya di rumah.
Bubur, nasi ayam, sup, mee hailam, nasi goreng banyak kan kegunaan kiub ayam penyedap rasa makanan.
Elakkan guna kiub ayam pasaran untuk masak makanan anak-anak ya. Kiub ayam bukan dari ayam sebenar dan tinggi pulak kandungan MSG di dalamnya.
Lepas saya dah tahu kiub ayam tak elok untuk guna dalam masakan keluarga, saya tak pernah dah beli kiub ayam. Dan boleh je pun sebenarnya saya buat nasi ayam, buat sup ayam walaupun tak letak kiub ayam.
Sampailah ada Thermomix, baru buat sendiri kiub ayam dalam bentuk kiub mahupun serbuk. Kali ini saya buat kiub ayam, guna bahan apa yang ada di rumah saja.
Cara buat kiub ayam ini menggunakan Thermomix tapi kalau tiada, korang boleh jugak buat sendiri. Mungkin perlu blend banyak kali untuk betul-betul halus kisarannya.
Bahan-bahan:
Ayam tanpa antibiotik dan bebas hormon
Bawang besar
Bawang putih India
Leek
Cendawan
Bunga cengkih
Biji ketumbar
Daun bay
Garam Himalaya
Cuka epal
Air
1. Mula kisar ayam 5 saat.
Hasil kisaran ayam.
2. Kemudian kisar pulak sayur 10 saat.
Begini rupanya.
3. Dah siap kisar semuanya masukkan bahan-bahan lain, dan masak 25 minit. Tinggal je, tak payah tunggu depan Thermomix pun.
5. Bila dah masak nanti, kisar bagi hancur semuanya 1 minit. Macam ni rupa dia.
Boleh juga buat versi serbuk. Kena bakar lepas dah siap masak. Mana-mana je yang mudahkan korang nak buat dan guna nanti.
6. Masukkan dalam bekas kiub silicon, kemudian bekukan.
5. Dah siap. Mudah sangat kan. Boleh masukkan dalam masakan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Mazliana Mazlan.
Kalau teringin nak beli Thermomix boleh juga tengok-tengok kat SINI.