Ramai ibu bapa yang gusar dengan penularan wabak influenza ketika ini. Malah mencetuskan panik bila membaca pelbagai info-info yang dikongsi di media sosial.

Jangan melatah jika mengesyaki anak mengalami tanda-tanda demam ini ikut saja apa yang disaran oleh doktor. 9 langkah berikut dikongsi oleh Dr Suhazeli Abdullah

1. Jangan berlengah, terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sepatutnya.

2. Jika doktor arahkan masuk hospital untuk rawatan lanjut, jangan ingkar. Kanak-kanak agak sensitif dengan perubahan suhu dan risiko gejala yang lebih teruk berbanding dewasa.

3. Jika doktor nasihatkan berehat di rumah, rehatlah secukupnya. Jangan pula ke pasar raya membeli belah, mentang-mentang doktor beri cuti.

IKLAN

4. Di rumah, jaga anak anda sebaiknya.
– Beri air secukupnya. Jangan biarkan anak anda berlaku dehidrasi (kekurangan air).
– Makan ubat demam, batuk atau seumpamanya dengan apa yang dibekalkan oleh doktor.
– Jika mampu, asing anak anda dari ahli keluarga yang lain buat seketika. Bukan tidak boleh bertemu langsung, tetapi limitkan pergaulan seketika sahaja. Apabila demam, batuk, selsema sembuh, baru boleh bergaul semula.
– Hadkan jumlah pelawat yang datang melawat. Jangkitan boleh berlaku kedua-dua belah pihak, samada pelawat atau anak yang dijangkiti. Bukan saya tidak benarkan ziarah keluarga, tetapi mendekati anak yang sedang dalam proses pemulihan itu perlu dihadkan pertemuan dengan orang ramai.

Doktor Kongsi Langkah Ibu Bapa Perlu Buat Bila Syak Anak Kena Influenza

5. Beri perlindungan vaksin kepada anak-anak yang lain atau kumpulan yang berisiko dalam rumah anda.

IKLAN

6. Amalkan tata-etika ketika batuk atau bersin.

7. Jaga kebersihan persekitaran rumah.

8. Ibu bapa atau penjaga kena perhatikan tanda-tanda berikut. Jika terdapat salah satu darinya, sila hubungi doktor keluarga anda atau ke klinik dengan segera.

IKLAN
Selain itu:  Trik Mudah Bersihkan Kaki Seluar Yang Penuh Melekat Kemuncup

I. Bernafas kencang atau masalah pernafasan
II. Kulit bertukar biru
III. Anak tidak aktif. Kelihatan tidak bermaya dari jam sebelumnya.
IV. Anak tidak berselera langsung makan dan minum sehinggakan tidak berinteraksi dengan baik
V. Terganggu percakapan samada cakap merapu atau bertindak agresif kepelikan dari kehidupan normal beliau.
VI. Bagi bayi, tidak kencing, lampin ringan kerana kurang kencing, merengek senantiasa dan tidak keluar air mata bila menangis.
VII. Demam dan batuk semakin teruk. Laburkan sedikit duit beli alat penyukat suhu. Kalau tak mampu, anda sendiri boleh menilai tahap panas badan anak yang agak tinggi.

Doktor Kongsi Langkah Ibu Bapa Perlu Buat Bila Syak Anak Kena Influenza

9. Yang penting sekali dari semua di atas adalah tenang, jangan panik. Jangan cepat melatah dengan segala maklumat yang diperolehi dari media sosial. Bertanyakan kepada pihak yang berwibawa. Jauhi jurujual produk kesihatan yang cuba ambil kesempatan.

Sumber: Suhazeli Abdullah

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI