Donut ball ini sesuai sangat buat waktu anak-anak ada di rumah ketika cuti sekolah. Boleh jadi kudapan untuk mereka.
Lagipun cara membuat donut ball ini mudahlah sangat, guna dua bahan dan tak perlu uli pun. Tapi hasilnya gebu sangat. Cara membuatnya dikongsi oleh Reha Rahmah.
Donut ball 2 bahan
Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.
Bahan-bahan
1 cup (130g) – Yogurt perisa asli
¾ cawan tepung naik sendiri
Gandakan sukatan jika nak masak lebih.
Cara membuat:
Campurkan dua bahan tadi.
Ads
2.Macam ini tekstur adunan ya.
3.Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.
Ads
4.Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.
5.Angkat bila dah bertukar warna keperangan. Api jangan kuat sangat ya, donut ini cepat masak.
6.Hasilnya…Golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.
Ada masa kita rasa tak nak makan nasi dengan lauk yang heavy- heavy macam gulai, masak lemak atau sambal. Tekak nak makan lauk yang simple-simple saja.
Kalau tiba selera yang macam ini, lauk ikan rebus sambal picit memang sesuai sangat. Tak perlu nak goreng atau kisar bahan bagai.
Rebus dan picit-picit saja dalam mangkuk, dah siap. Tapi awas ya gabungan lauk macam inilah yang buat kita makan nasi bertambah-tambah. Lauk ini juga lengkap ya, ada ikan, sayur dan sambal sekali. Memang cukup khasiat.
Cara buat lauk ikan rebus sambal picit
Cara buat ikan rebus
– Sediakan ikan kembung yang sudah dicuci bersih.
– Dalam periuk masukkan ikan bersama dengan asam keping dan garam.
– Rebus hingga mendidih dan ikan masak. Jangan masuk ingat bila air mendidih ya, nanti ikan hancur.
Cara buat sambal picit
– Sediakan 20 biji atau lebih cili api kampung hijau dan merah bersama dengan satu sudu besar belacan (bakar dahulu), 1 sudu besar asam jawa, garam dan gula.
– Satukan semua bahan ini dalam mangkuk
– Picit cili padi sampai hancur macamm dalam gambar. Kalau pekat sangat tambah air masak.
– Bila cili dan hancur dan bahan lain dan sebati, perah limau kasturi 2 biji. Gaul sebati.
Cara celur pucuk ubi
– Masukkan ulam pucuk ubi dalam periuk berisi air. Tambah garam dan halia serta letak minyak satu sudu. Celur pucuk ubi dan tos.
Kentang putar atau mashed potato ini menu yang digemari kalau makan di restoren makanan segera. Antara yang sedap dah tentunya KFC. Kalau beli yang kecil selalu rasa tak cukup.
Nak puas makan kentang putar ini apa kata kita buat je sendiri di rumah. kalau ikut cara yang dikongsi oleh Rabi ini, rasanya pun macam kita makan di restoren makanan segera.
Buat sendiri kentang putar ala KFC
Bahan-bahan:
8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
Sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
Secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara membuat kentang putar
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong dua. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api sederhana.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut cita rasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut cita rasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata. Saya guna hand blender nak senang dan dapat tekstur halus. Siap
Bahan-bahan sos (gravy)
1 labu bawang besar (dadu)
2 ulas bawang putih (dadu)
4 sudu butter
2 sudu tepung gandum atau jagung
2 kiub ayam
Lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara membuat:
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang (api sederhana) . Biarkan tumis bertukar warna sedikit perang (warna caramel )
2. Masukkan tepung gandum/ jagung kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air ( sikit demi sedikit sambil kacau ) dan kacau sehingga sebati. Tutup api masuk blender. Kisar ampai semua hancur kemudian masak balik atas api sederhana.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut cita rasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul.
Letak kentang putar yang sudah siap tadi dalam mangkuk kecil kemudian tuang sos secukupnya. Hidangkan dengan ayam goreng atau nak makan begitu saja pun sedap.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...