Makan

Donut Ball 2 Bahan, Tak Perlu Uli Tapi Hasilnya Lembut & Gebu

Share

Donut ball ini sesuai sangat buat waktu anak-anak ada di rumah ketika cuti sekolah.  Boleh jadi kudapan untuk mereka.

Lagipun cara membuat donut ball ini mudahlah sangat, guna dua bahan dan tak perlu uli pun. Tapi hasilnya gebu sangat. Cara membuatnya dikongsi oleh Reha Rahmah.

Donut ball 2 bahan

Donut ball 2 bahan untuk kudapan anak-anak dan mak mereka sekali.

Bahan-bahan

  • 1 cup (130g) – Yogurt perisa asli
  • ¾ cawan tepung naik sendiri
    Gandakan sukatan jika nak masak lebih.

Cara membuat:

  1. Campurkan dua bahan tadi.

2.Macam ini tekstur adunan ya.

3.Masukkan dalam piping bag, kalau tiada piping bag boleh guna plastik bungkus makanan.

4.Gunting hujung piping bag agak-agak saiz comel-comel gitu. Masukkan seketul-seketul dalam minyak yang telah panas, goreng dengan api sederhana.

5.Angkat bila dah bertukar warna keperangan. Api jangan kuat sangat ya, donut ini cepat masak.

6.Hasilnya…Golek dengan gula kastor masa donut tengah panas lagi. Guna gula aising pun boleh.

Kelembutan dan kegebuannya memang puas hati.

Selamat mencuba.

Sumber: Reha Rahmah.

 

Published by
VK